Acara Sukan Olimpik bakal berlangsung pada 23 Julai ini. Pasukan atlet Malaysia juga akan menyertai dan bersaing dengan lebih daripada 200 negara pada kali ini. Pihak Samsung telah memberikan peranti Samsung Galaxy S21 5G Olympic Edition kepada setiap atlet yang layak ke Sukan Olimpik pada tahun ini.

Melalui gambar yang telah dikongsikan oleh atlet badminton negara, beliau menerima sebuah pakej daripada pihak Samsung yang mengandungi peranti Samsung Galaxy S21 5G Olympic Edition berserta Galaxy Buds Pro.

Samsung telah memperkenalkan Galaxy S21 Olympic Edition pada bulan Mei 2021 yang lepas yang mempamerkan beberapa kelainan seperti logo syarikat telekomunikasi Docomo serta logo Olimpik di bahagian belakang telefon tersebut. Kombinasi warna ungu dengan kemasan warna emas pada bahagian kamera membuatkan model ini tampil unik. 

vocket-tech-news-samsung-s21-1
Sumber Gambar: Android Headlines

Pada ketika ini masih belum diketahui sama ada peranti ini bakal ditawarkan kepada pengguna di Malaysia atau tidak memandangkan pihak Docomo pernah membuka pra-tempahan pada laman web mereka sebelum ini.

Sekiranya telefon ini benar-benar ditawarkan kepada pengguna di Malaysia, pasti ramai yang akan berminat untuk mendapatkannya. Semoga atlet Malaysia dapat mengharumkan nama Malaysia dengan meraih pingat emas pada sukan Olimpik pada kali ini.

Dijangkakan Samsung S22 bakal menawarkan kamera utama sehingga 100 megapiksel dengan hasil kerjasama Olympus.

Samsung Galaxy S22 Dijangka Tawarkan Kamera Utama 200MP Hasil Kerjasama Olympus

Samsung Galaxy S21 Ultra, Peranti Android Terbaik Yang Ada Di Pasaran Ketika Ini

Sumber