Samsung dilihat sering mengikut jejak langkah Apple dalam penawaran produknya seperti tidak menyertakan pengecas pada telefon pintar flagship yang dijual oleh kerana mahu menjaga alam persekitaran. Pendekatan yang dibuat menerima pelbagai reaksi di kalangan pengguna yang mana ada yang menyokong dan sebaliknya.

Terbaharu, Samsung telah pun memperkenalkan beberapa model telefon pintar di bawah siri Galaxy A pada minggu ini iaitu Galaxy A13 dan juga Galaxy A23. Walaupun peranti yang ditawarkan mempunyai spesifikasi menarik bahkan hadir dengan sokongan pengecasan sehingga 25W padanya.

Sumber Gambar: Carousell

Dikatakan Samsung kini tidak menyertakan pengecas secara rasmi lagi dalam kotak peranti siri Galaxy A. Perkara ini dikesan selepas kotak yang dibuka awal didapati hanya sekadar menyertakan kabel sahaja dan tidak menyertakan pengecas seperti terdahulu.

Pengguna yang mahu menikmati pengecasan 25W perlu membeli pengecas secara berasingan selepas ini. Bagaimanapun, pihak Samsung masih belum mengesahkan perkara tersebut secara rasmi dan dijangka bakal menjadi satu praktis yang wajib pada semua barisan siri peranti di masa kelak sekaligus pengguna perlu membiasakan diri untuk menerimanya.

Selain tidak menyertakan pengecas, Samsung juga pernah menawarkan kain lap secara percuma ekoran mahu memerli penjualan kain lap Apple sebelum ini.

Samsung Sekali Lagi ‘Perli’ Apple Dengan Tawarkan Kain Lap Secara Percuma Di Jerman

Tiada Lagi Pengecas, Samsung Sah Lancarkan Samsung Galaxy S21 Dengan Harga RM3,699

Sumber