Sebuah berita yang menggemparkan dalam dunia kriptowang baru-baru ini apabila Rusia dilaporkan sedia menerima pembayaran menerusi Bitcoin dalam pembelian sumber asli seperti minyak dan gas.
Pengumuman ini dibuat oleh wakil dari Rusia iaitu Pavel Zavalny menerusi sebuah sidang media mengikut medium pembayaran yang dimahukan pembeli bergantung kepada status hubungan negara mereka bersama Rusia.
Sebagai contoh, buat negara seperti China dan Turki selaku negara yang tidak memberi tekanan mereka, negara-negara ini dibenarkan untuk membuat pembayaran menerusi matawang Yuan, Rubles dan Lira. Selain itu, Rusia juga bercadang untuk menawarkan medium pembayaran menerusi kriptowang Bitcoin.
BREAKING: RUSSIA OPEN TO TAKING PAYMENTS FOR NATURAL GAS IN #BITCOIN – CHAIR OF CONGRESSIONAL ENERGY COMMITTEE 🇷🇺 pic.twitter.com/oKS1TZEouG
— Bitcoin Magazine (@BitcoinMagazine) March 24, 2022
Pavel Zavalny turut memaklumkan negara-negara yang tidak mempunyai hubungan baik atau dalam erti kata lain memberi tekanan kepada Rusia perlu membayarnya dalam matawang Rusia iaitu rubles.
Membincangkan soal Bitcoin, cadangan ini hadir selepas Vladimir Putin pada tahun lalu memberi pandangan positif mengenai Bitcoin sertai yakin dengan kriptowang popular dunia ini.
Berikutan temu bual Pavel Zalvany yang kian tular, nilai Bitcoin dilaporkan meningkat 3% dalam tempoh yang singkat dan kini sedang dinilai dengan harga sekitar $43,909 (~RM185,164.25) setakat artikel ditulis.
Sementara itu, Malaysia baru-baru ini dilaporkan menolak penggunaan kriptowang sebagai medium pembayaran kerana dianggap tidak sesuai.
Dianggap Tidak Sesuai, Malaysia Tolak Penggunaan Kriptowang Secara Sah Untuk Medium Pembayaran
Astro Perkenalkan Perkhidmatan Internet Fiber Mencecah 800Mbps Dengan Pakej Serendah RM129