Sebut mengenai kriptowang pada ketika ini pasti ramai yang cukup tahu mengenainya. Malah, kriptowang turut menjadi perhatian khususnya buat para pelabur dalam meraih pulangan yang tinggi.

Selain itu, kehadiran kriptowang yang menyelesaikan beberapa isu berbanding wang fiat antara yang membuatkan kriptowang dilihat releven untuk dijadikan sebagai medium pembayaran seperti yang dilakukan di beberapa buah negara.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Shahar Abdullah. Sumber: The Star

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Shahar Abdullah telah mengumumkan di Dewan Rakyat semalam di mana penggunaan Bitcoin tidak sesuai untuk digunakan sebagai medium pembayaran berikutan atas beberapa faktor seperti harga yang tidak menentu serta risiko digodam.

Respon beliau hadir selepas terdapat cadangan untuk mengesahkan penggunaan Bitcoin dalam usaha untuk menarik minat anak muda menyertai dunia kriptowang.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul. Sumber: the star

Sementara itu, awal minggu ini Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul turut mencadangkan kepada pihak kerajaan agar membenarkan penggunaan Bitcoin sebagai medium pembayaran yang sah dalam negara. Malah, Bank Negara Malaysia pada Januari lalu turut memaklumkan sedang mengkaji potensi penggunaan matawang digital ini.

Negara El Salvador yang popular dengan penggunaan Bitcoin secara sah walau bagaimanapun gagal menarik perhatian para peniaga dalam negara selepas dilihat tidak mampu memberi impak besar bagi urusan penjualan.

Selepas 6 Bulan, Bitcoin Dilaporkan Gagal Beri Impak Besar Bagi Urusan Penjualan Di El Salvador

Ekoran Salah Guna Akaun, Netflix Bakal Kenakan Bayaran Tambahan Untuk Akaun Yang Berkongsi