Rekaan Sebenar iPhone 13 Didakwa Tertiris Dalam Rancangan Apple TV+

Kita sudah berada di dalam bulan September ini di mana jangkaan pelancaran iPhone 13 sudah tidak lama lagi. Setakat ini, sudah kedengaran ura-ura di kalangan pengguna internet bahawa rekaan takuk iPhone 13 pada kali ini akan lebih kecil selepas sudah 4 tahun ia diperkenalkan pertama kalinya pada tahun 2017 pada iPhone X.

Kini terdapat dakwaan Apple sepertinya sudah memperlihatkan rekaan iPhone 13 menerusi rancangan siri berjudul “Ted Lasso” yang disiarkan pada platform Apple TV+. Perkara ini dikesan oleh seorang pengguna Twitter bernama Paul Bailey beberapa hari lalu di laman akaun peribadinya.

Sumber Gambar: Twitter

Menerusi gambar yang dikongsikan oleh beliau, ianya kelihatan agak jelas rekaan takuk pada iPhone tersebut adalah jauh berbeza dengan model yang sedia ada di pasaran. Rekaan takuknya seakan hampir tiada langsung pada model iPhone tersebut.

Masih belum dipastikan lagi sama kemunculan model iPhone misteri tersebut benar-benar model iPhone 13 yang akan datang atau sebaliknya. Dan ia juga mungkin hanyalah special effect yang diubah suai daripada model yang sedia ada.

Sumber Gambar: Twitter

Yang pasti para peminat iPhone sangat menantikan rekaan yang lebih segar pada pengenalan model iPhone terbaru ini setelah sekian lama mempunyai rekaan yang sama sahaja. Kita bakal diperlihatkan dengan rekaan yang sebenar apabila dilancarkan kelak.

Antara ciri yang menarik yang mungkin ditawarkan pada iPhone 13 juga adalah ciri sambungan satelit LEO bagi kegunaan kecemasan.

Ciri Sambungan Satelit LEO Pada iPhone 13 Mungkin Hanya Ditawarkan Untuk Kegunaan Kecemasan

Apple iPhone 13 Mungkin Akan Ditawarkan Tanpa Butang Fizikal

Sumber
Exit mobile version