Redmi G 2021 Dilancarkan Dengan Pilihan Cip Intel Dan AMD

Redmi G merupakan salah satu barisan komputer riba yang menfokuskan kepada permainan yang ditawarkan oleh pihak Xiaomi. Pada kali ini, barisan model ini telah menerima kemas kini terbaharu dengan pengenalan Redmi G 2021 Gaming Notebook. Model ini didatangkan dengan dua variasi cip pemproses iaitu keluaran Intel dan AMD.

Bagi variasi Intel, komputer riba ini akan dikuasakan dengan cip pemproses generasi ke-11 Intel Core i5-11260H bersama grafik RTX 3050. Buat variasi AMD pula, model ini menggunakan AMD Ryzen 7 5800H sekali dengan grafik RTX 3060. Kedua-dua model ini dilihat membawakan majoriti spesifikasi yang sama padanya.

Sumber Gambar: The Paradise

Redmi G 2021 mempunyai skrin berukuran 16.1 inci dengan sokongan refresh rate 144Hz. Model ini dipadankan bersama memori sebesar 16GB RAM bersama storan dalaman sehingga 512GB. Kehadiran teknologi Hurricane Cooling 3.0 yang mempunyai dua kipas besar bersama empat lubang udara dan lima paip haba untuk memastikan pengurusan aliran haba yang lebih baik.

Antara fungsi yang menarik disertakan termasuklah sistem audio DTX: X Ultra Sound serta pembantu pintar Xiao AI tersedia dan sokongan ray tracing yang bakal menjanjikan pengalaman penggunaan yang menarik. Redmi G 2021 turut dipasang dengan perisian Windows 10 dan boleh dikemas kini pada versi terbaharu dalam masa terdekat ini.

Sumber Gambar: Notebookcheck

Kedua-dua model ini dilancarkan di China dengan harga penawaran bagi versi Redmi G 2021 Intel Core i5 bermula pada harga RMB5,699 (~RM3,690), sementara versi Redmi G 2021 AMD Ryzen 7 pula boleh didapati dengan harga RMB6,999 (~RM4531).

Xiaomi juga baru sahaja melancarkan dua buah siri Xiaomi 11 terbaharu dengan menawarkan spesifikasi yang menarik pada harga berpatutan.

Siri Xiaomi 11 Dilancarkan Dengan Sokongan Pengecasan Hyper 120W Dan Refresh Rate 120Hz

Xiaomi Smart Glasses Diperlihatkan Kepada Umum, Hadir Dengan Skirn Mikro LED

Exit mobile version