Projek NFT Seakan Minecraft Dilabel Sebagai Scam Selepas ‘Hilang’ Bersama RM5.02 Juta

Jumlah peminat NFT yang tinggi pada hari ini membuatkan sejumlah projek NFT ditawarkan tumbuh bak cendawan selepas hujan. Pelbagai konsep menarik projek yang ditampilkan untuk menarik lebih ramai orang menyertai dan juga melabur pada konten eksklusif menerusinya.

Terkini, sebuah projek NFT yang dinamakan Blockverse dengan menggabungkan elemen permainan atau play to earn sementara menawarkan pelbagai jenis karakter yang dijual sebagai NFT lalu boleh dimainkan di dalam server khas. Hal ini sekaligus menarik minat sejumlah peminat Minecraft serta peminat NFT yang melihat kelainan yang dibawakan.

Sumber Gambar: NME

Dilaporkan sebanyak 10,000 NFT unik yang dijual pada harga $124 (~RM519) bagi setiap satu habis terjual kurang dari lapan minit pada 23 Januari lalu. Pencipta projek itu kemudiannya dilihat menghilangkan diri selepas memadam laman rasmi, game server dan saluran Discord mereka.

Selepas mendiamkan diri beberapa hari, pengasas Blockverse memunculkan diri di Twitter serta memohon maaf atas tindakan tersebut. Malah, beliau juga menyatakan terpaksa menutup operasi ekoran dikecam oleh pihak tertentu serta berasa sedih atas tuduhan yang dibuat terhadap mereka melarikan diri dan sedia meneruskan projek itu kelak.

https://twitter.com/Blockverse_NFT/status/1487122480670064642?s=20&t=EYEnqxkmpMLwFPG8_a6mIQ

Bagaimanapun, para peminatnya sudah tidak yakin lagi terhadap kenyataan yang diberikan dan kini melabelkan sebagai satu helah menyelamatkan diri mereka sahaja. Terdapat perkembangan terkini yang mengatakan komuniti Blockverse sedang berunding bersama pihak pembangun dalam mengambil alih projek itu.

Sekiranya anda berminat dengan konsep p2e, kini terdapat lima permainan kripto dipercayai yang boleh dicuba untuk menjana pendapatan sampingan.

5 Permainan Kripto Yang Anda Boleh Cuba Untuk Jana Pendapatan Sampingan

Axie Infinity, Permainan Yang Boleh Menjana Pendapatan Berasaskan Kriptowang

Sumber
Exit mobile version