Mountain View, Calif., home of Google, is joining other tech centers in pondering new taxes based on employer headcounts -- levies that could jolt Apple and Google -- but if voters endorse the plans, a fresh wave of such measures may roll toward other corporate coffers. (Dreamstime/TNS)

Prihatin Dengan Bencana Banjir Di Malaysia, Google Umum Sumbangan Bantuan Bernilai Lebih RM460,000

Minggu lalu kita dikejutkan dengan bencana yang menimpa di beberapa buah negeri di Malaysia yang mana turut meragut nyawa serta memberi kesan besar kepada mangsa banjir yang terlibat. Bencana yang berlaku turut menjemput pihak kerajaan, NGO serta orang ramai untuk membantu mangsa banjir di beberapa buah lokasi.

Terbaharu, Google dilaporkan telah menyumbangkan lebih RM460,000 sebagai bantuan banjir di Malaysia. Difahamkan badan filantropi Google telah menyediakan sokongan kewangan dalam membantu mangsa banjir menerusi dua cara.

Cara pertama yang digunakan Google adalah dengan menyumbangkan sebanyak RM420,800 kepada Center for Disaster Philanthropy (CDP) iaitu sebuah organisasi yang memfokuskan kepada bantuan dan pemulihan.

Selain itu, pihak Google turut menyumbang kepada Mercy Malaysia di mana jumlah sebanyak RM40,000 berjaya dikumpulkan hasil daripada sumbangan kakitangan Google. Untuk pengetahuan, Apple pada minggu lalu turut menyumbang bantuan kepada mangsa banjir di Malaysia dan juga mangsa Taufan Rai di Filipina.

Tular pada minggu ini apabila MySejahtera memaklumkan pengenalan fungsi MYSJ yang bakal membantu pengesanan kontak rapat dengan lebih mudah.

Tiada Lagi Butang ‘Check Out’, MySejahtera Perkenalkan Fungsi MySJ Trace Bermula Hari Ini

Mudah Dan Pantas, Ini Caranya Memohon Pelekat RFID Menggunakan Aplikasi TNG eWallet

Sumber
Exit mobile version