KUALA LUMPUR, 6 Okt -- Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri prosiding hujahan akhir bagi perbicaraan kes beliau di Mahkamah Tinggi hari ini.
Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Mengaku Akaun WhatsApp Dan Telegram Digodam

Jika sebelum ini terdapat orang awam yang menjadi mangsa godam kepada golongan yang tidak bertanggungjawab, nampaknya situasi ini turut berlaku kepada ahli parlimen dari Bagan Datuk iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi perkongsian beliau di Twitter, beliau telah memaklumkan akaun WhatsApp dan Telegram telah digodam sekaligus serta meminta orang ramai yang menerima mesej yang tidak berkaitan untuk mengabaikannya.

Menerusi perkongsian, difahamkan penggodam berkenaan yang menyamar sebagai sebagai Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menggunakan akaun tersebut dengan memohon bantuan pinjaman wang sebanyak RM5,000 serta sedia membayarnya kelak. Turut disertakan bersama adalah butiran akaun bank yang tertera nama Zainal Abidin.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut memaklumkan beliau pada ketika ini sedang dalam usaha untuk mendapatkan semula akaun beliau. Semoga situasi ini tidak lagi berlaku kerana mampu menyukarkan hidup mereka yang digodam serta berpotensi membuatkan orang ramai menghulurkan bantuan kepada individu yang tidak sepatutnya.

Tular pada minggu lalu di mana kerajaan Turki berkongsi hukum mengunjungi Kaabah dalam dunia meta bagi menunaikan ibadah haji.

Kerajaan Turki Umum Hukum Kunjungi Kaabah Dalam Dunia Meta Bagi Menunaikan Haji

Berjaya Raih RM58,604 Hasil Jualan, Karya Ujang Antara Yang Terlaris Di Platform Pentas

Exit mobile version