Perkhidmatan Maybank Bakal Tergendala Sementara Pada Hari Ahad Ini

Maybank baru sahaja memaklumkan bahawa pihak mereka akan menjalankan penyelenggaraan sistem pada Ahad, 19 Jun 2022 ini. Oleh itu, terdapat sejumlah perkhidmatan yang bakal terjejas buat sementara waktu ketika penyelenggaraan berlaku.

Perkhidmatan yang bakal terlibat meliputi servis mesin pengeluaran wang (ATM) 24 jam yang dijadualkan akan tergendala dari jam 3.00 pagi pagi sehingga 6.00 pagi. Selain itu, perkhidmatan JomPay & Interbank GIRO (IBG) meliputi rangkaian Perkhidmatan ATM dan Terminal Layan Diri turut dijangka akan tergendala dari jam 6.00 pagi sehingga 7.00 pagi.

Sumber Gambar: Maybank

Sementara perkhidmatan Perbankan Mudah Alih yang akan terjejas ekoran aktiviti penyelenggaraan sistem kali ini termasuklah Maybank2u, Maybank2u Biz, Aplikasi M2U MY, Aplikasi MAE, Aplikasi M2U Biz dan Aplikasi Maybank Trade dari jam 3.00 pagi sehingga 7.00 pagi.

Sehubungan itu, pihak Maybank telah menasihatkan para pelanggannya untuk merancang transaksi perbankan mereka bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Sebagai langkah berjaga, anda perlu membuat transaksi sebelum waktu dan tarikh seperti yang dinyatakan di atas agar semua berjalan lancar.

Sementara itu, pihak K-KOMM sudah mengambil tindakan tegas terhadapa laman web jual data peribadi rakyat yang tular baru-baru ini.

K-KOMM Ambil Tindakan Tegas Terhadap Laman Web Jual Data Peribadi Rakyat Malaysia

Bill Gates Berpendapat NFT Hanyalah Satu Penipuan Yang Didukung Oleh Orang Yang Lebih Bodoh

Sumber
Exit mobile version