Perak Sasarkan 98 Tapak Rangkaian 5G Menjelang Oktober 2022

Baru-baru ini, kerajaan Pulau Pinang sudah pun memulakan ujian perintis 5G di beberapa lokasi sekitar Georgetown. Kini giliran Perak pula memperhebatkan lagi penawaran rangkaian 5G selaras dengan sasaran kerajaan Malaysia ketika ini.

Terbaharu, Perak menyasarkan untuk mempunyai tambahan 98 tapak rangkaian 5G menjelang Oktober ini yang mana meliputi Ipoh dan kawasan sekitarnya seperti Kuala Kangsar, Kampar dan Batu Gajah.

Sumber Gambar: Kelab mama

Dengan sasaran berkenaan, ini akan menjadikan Ipoh sebagai antara yang terawal dan termaju diliputi menggunakan internet berkelajuan tinggi. Perkongsian telah dibuat ketika penggumuman projek lampu isyarat pintar dengan sokongan kecerdasan buatan di Ipoh.

Setakat hari ini, penawaran rangkaian 5G masih terhad di Lembah Klang, Cyberjaya, Putrajaya dan beberapa kawasan di sekitar Johor. Malah, kita juga sedang menunggu kata putus oleh syarikat-syarikat telekomunikasi dengan pihak DNB sekaligus membolehkan pengembangan rangkaian 5G dilakukan secara aktif.

Antara yang hangat ketika ini adalah berkaitan Naza Communications yang dilaporkan berminat untuk membeli aset U Mobile sepenuhnya.

Naza Communications Dilaporkan Berminat Untuk Membeli Aset U Mobile

Satelit Ke-10 Negara Dilancarkan, Mampu Tawarkan Internet 100Mbps Di Kawasan Pedalaman

Sumber
Exit mobile version