Tular pada bulan lalu apabila Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan kenyataan bahawa hukum membeli dan mengguna Android Box bagi melayari siaran berbayar secara percuma adalah haram. Kenyataan yang dibuat nyata mengundang kepada pelbagai komen daripada para netizen.

Terbaharu, Dewan Rakyat telah menetapkan hukuman baru dalam Rang Undang-Undang Hak Cipta 2021 bagi pesalah teknologi penstriman di mana penawaran platform penstriman haram samada menerusi sewaan, belian atau mengimport kandungan boleh dikenakan hukuman berat.

Individu yang bersalah boleh dikenakan denda sekurang-kurangnya RM10,000 dan tidak melebihi RM200,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber: carousell

Difahamkan hukuman ini dibuat dalam usaha untuk menjaga sesebuah karya sekaligus membanteras isu melibatkan tontonan secara haram daripada para penonton yang mengambil kesempatan.

Oleh yang demikian, para pengguna disarankan untuk menonton kandungan yang ingin ditonton menerusi saluran yang sah agar tidak menjadi kesalahan baik dari segi hukum atau undang-undang yang ditetapkan.

Ketahui lebih lanjut mengenai hukum membeli Android Box dengan lebih lanjut menurut Mufti Wilayah Persekutuan.

Hukum Membeli Android Box Untuk Mengakses Siaran Berbayar Adalah Haram Menurut Mufti WP

iPhone 14 Dijangka Hadir Dengan Rekaan Baharu Beserta Penyertaan Kamera Pada Atas Skrin

Sumber