Sejak berlakunya krisis ekonomi dan wabak pandemik, semakin ramai pengguna yang mulai membeli barangan keperluan sahaja dan bakinya akan disimpan untuk hadapi situasi kecemasan. Ini bermakna majoriti orang lebih mengutamakan barangan keperluan berbanding kemahuan pada ketika ini.
Menerusi laporan terkini Canalys, pemasaran telefon pintar pada suku kedua tahun 2022 yang lepas dilihat merudum sebanyak 9%. Hal ini sekaligus memperlihatkan penurunan permintaan dalam masa yang sama dari segi bekalan juga.
Corak perbelanjaan pengguna juga dilihat sedikit berbeza sekaligus membuatkan peranti sedia akan digunakan untuk tempoh lebih lama dan tidak menaik taraf ke model baharu jika tidak diperlukan.
Hal ini juga mendorong kepada pengeluar peranti yang berkemungkinan hadir dengan sejumlah promosi dalam usaha menghabiskan stok atau bekalan sedia ada di pasaran. Dalam masa yang sama, pihak pengeluar juga mungkin terpaksa menangguhkan sedikit jumlah pengeluaran model baru.
Dari segi jenama, Samsung menerajui pasaran dengan pegangan sebanyak 21% pada suku kedua tahun 2022, lalu diikuti oleh Apple dengan pegangan pasaran 17% serta Xiaomi dengan 14%. Sementara di tangga ke-4 diterajui oleh Oppo dengan pegangan sebanyak 10% dan yang seterusnya jenama vivo memegang pasaran global dengan 9%.
Secara keseluruhannya, lima jenama ini memegang 71% pasaran telefon pintar global pada suku kedua 2022. Perkara ini boleh berubah sekiranya ekonomi dunia beransur pulih serta kemampuan kuasa membeli seseorang meningkat.
Sementara Apple pula sebelum ini melaporkan sangat yakin bahawa siri iPhone 14 akan lebih terjual berbanding siri iPhone 13.
Apple Yakin Siri iPhone 14 Akan Lebih Laku Keras Berbanding Siri iPhone 13
‘Huawei Dan Apple Akan Mendominasi Pasaran Jika Tiada Sekatan Perdagangan’ – Richard Yu