Nike sememangnya semua jenama yang aktif mengeluarkan produk berasaskan sukan, lifestyle dan streetwear. Terbaharu, jenama ini telah melebarkan sayap dengan menawarkan aplikasi khas buat para pembeli di Asia Tenggara.
Menerusi aplikasi ini, para pengguna berpeluang melayari produk yang disediakan dengan lebih interaktif. Pengalaman pembelian juga dilihat sangat lancar dengan susunan fungsi dalam aplikasi yang sangat rapi serta mesra pengguna. Berikut merupakan antara kelebihan mendaftar sebagai ahli serta mendapatkan barangan melalui aplikasi terbaru Nike ini
Kebaikan menjadi ahli berdaftar Nike
Anda berpeluang menjadi ahli berdaftar Nike secara automatik setelah menggunakan aplikasi Nike tanpa dikenakan sebarang bayaran dan boleh menggunakan profil keahlian pada mana-mana platform Nike yang lain.
Antara kebaikan menjadi ahli berdaftar adalah tawaran promosi serta konten yang eksklusif. Tambahan pula, anda berpeluang menjadi antara individu terawal yang menerima akses produk terbaru yang dikeluarkan oleh syarikat Nike.
Para pengguna juga boleh mendapatkan ganjaran dan promosi khas serta kejutan sempena hari lahir. Nike turut menawarkan penawaran penghantaran percuma buat para pembeli dan boleh dipulangkan dalam tempoh 30 hari.
Potongan harga sehingga 10% untuk pembelian pertama
Khas buat pembeli pertama melalui aplikasi, anda berpeluang menikmati diskaun sehingga 10% daripada Nike. Buat anda yang berminat untuk mencuba aplikasi ini serta mahu mendapatkan diskaun, anda boleh muat turun aplikasi ini yang tersedia di Google Play Store dan Apple App Store.
Jika anda meminati dengan artikel di atas, anda boleh meneruskan pembacaan artikel yang telah dipilih oleh kami.
Bagaimana Netflix Mampu Buatkan Anda Ketagih Menonton Dan Terus Melanggan
19 Negara Yang Mempunyai Kelajuan Internet 5G Terpantas Di Dunia