MyeongDong Topokki merupakan sebuah restoran makanan Korea terkenal yang sudah melebarkan sayapnya ke serata Malaysia. Para peminat sedia mengunjungi ke restoran ini untuk menikmati pelbagai menu makanan Korea yang lazat.
Dengan mengikuti trend semasa, MyeongDong Topokki kini telah membuka sebuah restoran dengan konsep NFT di Sky Avenue, Genting. Restoran ini menggunakan NFT untuk tujuan keahlian eksklusif yang bakal memberikan sejumlah akses menarik untuk pemilik NFT tersebut.
MyeongDong Topokki menyediakan penawaran NFT mereka menerusi laman OpenSea dan didagangkan menggunakan token ETH. Terdapat sebanyak empat variasi NFT disediakan dengan penawaran akses yang berbeza.
NFT paling asas dikenali sebagai Base Born yang menawarkan satu menu makanan secara percuma pada setiap bulan, akses ke menu premium, dan boleh membawa seorang rakan untuk menikmati menu premium bersama. Dalam masa yang sama, restoran ini juga dilihat ingini membangunkan metaverse tersendiri dengan watak-watak NFT yang ditawarkan.
Setakat hari ini, harga lantai bagi watak NFT tersebut sudah mencecah 0.08 ETH bersamaan RM1,045.59 mengikut nilai pertukaran semasa. Bagi anda yang berminat, boleh mengunjungi laman rasmi NFT untuk MyeongDong Topokki atau turut melihat di OpenSea hari ini.
Selain itu, Gary Vee iaitu seorang usahawan internet sensasi juga suah merancang untuk membuka restoran NFT pertamanya di New York pada 2023 kelak.
Restoran NFT Pertama Dunia Bakal Dibuka Di New York Pada 2023
Sedia Ikuti Trend Semasa, McDonald’s Rancang Untuk Buka Restoran Maya Dalam Metaverse