Sehingga ke hari ini, NFT masih menjadi buah mulut di kalangan netizen bahkan dengan penyertaan sejumlah ikonik terkemuka sekaligus telah merancakkan lagi arena tersebut. Bahkan, di negara Ukraine sendiri sedia menggunakan NFT untuk mendapatkan dana negara tersebut.
Di Malaysia pula, MyEG yang sedia dikenali dengan perkhidmatan penyelesaian urusan kerajaan dalam talian turut melebarkan sayap mereka ke dalam arena blockchain pula. MyEG telah memperkenalkan sebuah laman dagangan NFT mereka tersendiri yang dinamakan NFT Pangolin.
NFT Pangolin sedia menyokong Ethereum buat masa ini namun masih juga menyokong blockchain Zetrix Layer 1 yang mana turut selaras dengan blockchain kebangsaan China. Penggunaan blockchain ini dapat memastikan yuran transaksi yang rendah berbanding Ethreum biasa dan pada masa yang sama boleh digunakan di pasaran China dengan mudah.
Hal ini sekaligus membolehkan para penerbit aset digital turut menyenaraikan koleksi NFT mereka untuk pasaran China yang cukup besar dengan mempunyai lebih 1 bilion rakyatnya. Platform NFT ini juga menyokong ciri seperti “lazy-minting” di mana kos penerbitan ditanggung oleh pembeli.
MyEG mengatakan dengan pengenalan NFT Pangolin ini, mereka menyasarkan untuk menjadi platform pilihan bagi para penerbit kandungan dari rantau ASEAN dan juga menyasarkan pengguna global. Platform ini juga menyediakan perkhidmatan pemasaran untuk para penerbit NFT yang berada di platform tersebut.
Ditambah pula, mereka juga akan turut membolehkan jual-beli karya seni fizikal melalui platform NFT Pangolin. Pada masa yang sama, platform ini dijangka bakal berkerjasama dengan sejumlah artis dalam berkongsi karya menerusi platform tersebut.
Sementara itu, masih ramai yang belum ketahui perbezaan antara OpenSea dan Pentas yang sering digunakan oleh para penerbit tempatan ketika ini.
Tawarkan Platform Dagangan NFT, Ketahui Perbezaan Antara OpenSea Dan Pentas