Miliki 9.2% Pegangan, Elon Musk Berjaya Muncul Sebagai Pemegang Saham Terbesar Twitter

Ketua Pengawai Eksekutif Tesla dan SpaceX, Elon Musk kini membuat kejutan apabila menjadi pemegang saham terbesar aplikasi media sosial, Twitter selepas membeli sebanyak 9.2% peratus pegangan pasif  pada platform tersebut.

Susulan langkah yang dibuat Elon Musk ini juga telah membuatkan harga saham Twitter melonjak sebanyak 25% semasa sesi dagangan pra-pasaran sebaik berita pembelian itu tersebar. Pegangan Elon Musk di dalam Twitter ini dianggarkan bernilai sekitar $2.89 bilion (~RM12.2 bilion).

Sumber Gambar: Stn.De

Pegangan ini juga menjadikan Elon Musk pemegang saham terbesar di Twitter sementara pengasas Twitter sendiri, iaitu Jack Dorsey hanya memiliki pegangan sekitar 2.25% sahaja pada syarikat media sosial berkenaan.

Bagaimanapun, Elon Musk masih tidak mengulas mengenai keputusan terbaharunya membeli saham di Twitter. Malah, tokoh ini juga pada minggu lalu telah mengacah ingin membangunkan platform media sosial tersendiri yang menawarkan kebebasan bersuara berbanding platform media sosial di luar sana.

Sebelum ini juga, seorang remaja telah menolak tawaran kereta Tesla idamannya sebagai balasan untuk memadam akaun stalk jet peribadi tokoh tersebut.

Remaja Ini Tolak Tawaran Kereta Tesla Sebagai Balasan Untuk Padam Akaun ‘Stalk’ Jet Peribadi Elon Musk

Remaja Ini Minta RM209,500 Untuk Berhenti ‘Stalk’ Jet Peribadi Elon Musk Di Twitter

Sumber
Exit mobile version