Microsoft Bakal Ambil Alih Activision Blizzard Pada Harga RM293 Bilion

Microsoft dilihat sangat berminat untuk memperluaskan lagi penawaran produk mahupun servis kepada para penggunanya. Kini mereka telah membuat kejutan buat dunia selepas mengumumkan pemgambil-alihan Activision Blizzard yang mana bakal menyertai keluarga Microsoft Gaming mereka secara automatiknya.

Untuk makluman, Activision Blizzard mempunyai sejumlah tajuk permainan popular yang ditawarkan kepada para gamers ini termasuklah Call of Duty, Overwatch, World of Warcraft dan Candy Crush. Difahamkan nilai pembelian tersebut merupakan paling tertinggi di dalam sejarah industri permainan yang mana bernilai $70 billion (~RM293 billion).

Sumber Gambar: Microsoft

Setakat ini, syarikat penerbit Activision Blizzard tersebut akan terus beroperasi secara bersendirian sehinggalah proses pengambil-alihan sudah selesai. Selepas semua urusan pengambil-alihan sudah selesai, Microsoft bakal menawarkan permainan video terkemuka Activision Blizzard di bawah Xbox Game Pass bersama juga PC Game Pass.

Hal ini sekaligus memberikan kelebihan buat pengguna kedua-dua pas ini menikmati lebih banyak permainan terkemuka menerusinya. Microsoft juga menyatakan sebanyak 25 juta pengguna yang sudah melanggan pas permainan bulanan tersebut. Buat para gamers, ini merupakan berita gembira kerana pelbagai permainan terkemuka boleh diakses dengan mudah selepas ini.

Sebelum ini juga, Nike turut sudah berjaya memperoleh studio pembuat fesyen digital untuk memperluaskan penawaran kosmetik virtual pada dunia meta kelak.

Nike Berjaya Peroleh Studio Pembuat Koleksi Kasut Dan Fesyen Digital Untuk Dunia Meta, RTFKT

adidas Secara Rasminya Sertai Dunia Meta Dengan Melancarkan Koleksi NFT Pertama

Sumber
Exit mobile version