Sebut mengenai Mercedes-Benz pasti ramai yang cukup tahu. Menawarkan seleksi jentera premium hampir seabad membuatkan jenama ini berjaya menjadi idaman peminat automotif.

Pada kali ini, Mercedes-Benz Malaysia tampil berbeza daripada kebiasaan dengan memperkenalkan sebuah headphone bluetooth. Menariknya, model headphone ini masih lagi mengekalkan identiti Mercedes-Benz yang premium serta tampil dengan rekaan yang sleek.

Tidak hanya memfokuskan kepada rekaan semata-mata, model ini turut disokong dengan teknologi noise cancelling dan 3D sound. Penggunaan material yang berkualiti tinggi antara yang membuatkan model ini tampil berbeza.

Setakat ini masih belum diketahui harga rasmi yang ditawarkan Mercedes-Benz Malaysia. Walau bagaimanapun, model ini sudah mula ditawarkan di beberapa negara luar dengan harga sekitar €259 (~RM1,189.94). Sekiranya anda merupakan perminat Mercedes-Benz dan mahu tampil berbeza berbanding orang ramai, ini model yang anda boleh dapatkan.

Sekitar dua bulan lalu, Mercedes-Benz Malaysia telah melancarkan model A35 4Matic Sedan dengan harga RM348,888. Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

https://www.thevocket.com/mercedes-amg-a35-4matic-sedan-dilancarkan-dengan-harga-rm348888/

https://www.thevocket.com/mercedes-amg-perkenalkan-model-terbaru-a-45-s-dan-cla-45-s/