Setiap hari pasti kita akan memasang loceng penggera di telefon pintar untuk bangun awal pada keesokan harinya. Majoriti anda akan menggunakan fungsi snooze untuk melelapkan mata sekejap sebelum bangun untuk bersiap.

Dalam pada itu, mesti ramai yang tidak perasan Apple telah mengehadkan waktu snooze kepada 9 minit sahaja. Masa snooze yang diperuntukkan oleh Apple bukanlah dipilih secara rawak. Mari kita merungkaikan alasan fungsi snooze pada penggera iPhone sengaja dihadkan pada 9 minit.

Sejarah fungsi snooze 9 minit

vocket-snooze-konten-7
Sumber Gambar: Cnet

Fungsi snooze mula diperkenalkan oleh syarikat General Electric Telechron di dalam jam penggera analog pada tahun 1956. Sewaktu fungsi snooze sedang dibangunkan, saintis cuba untuk memuatkan gear tunda ke dalam struktur mekanikal jam analog tetapi gagal untuk mendapatkan gigi gear yang sesuai untuk menetapkan pada 10 minit.

Maka, mereka hanya mempunyai dua pilihan yang tinggal sama ada menetapkan penggera tunda pada 9 minit atau kurang dari 11 minit. Hal yang demikian, mereka telah memilih untuk membuat tetapan tundaan penggera pada 9 minit sahaja.

Terdapat beberapa teori yang timbul dengan pemilihan penggera tunda pada 9 minit antaranya ialah akan memberikan kelebihan 1 minit lebih awal untuk memulakan aktiviti rutin anda. 

Selain itu, teori pemilihan snooze pada 9 minit ialah tempoh masa yang optimum untuk melelapkan mata sebentar sebelum sedia untuk bangun kerana jika lebih dari itu akan menyebabkan badan menjadi lesu dan pening yang teruk sepanjang hari.

Penggunaan snooze 9 minit telah menjadi standard industri sehingga pada masa kini. platform Apple iOS  dan Amazon Alexa juga mempunyai fungsi snooze 9 minit pada tetapan yang tersedia.

Sebab pemilihan snooze 9 minit oleh Apple

vocket-snooze-header
Sumber Gambar: AppleToolBox

Alasan Apple memilih untuk menetapkan snooze pada 9 minit di iPhone ialah mudah untuk membuat program jam digital dengan satu digit timer berbanding dua digit timer. Apa yang mereka perlu buat hanyalah mengambil nombor terakhir dari loceng jam sebelumnya.

Misalnya, katakan nombor terakhir sebelum ini 5 tolak dengan 1 akan menghasilkan 4, jadi loceng baru akan terhasil selepas nombor baru muncul seperti 8:45 > 8:54 dan seterusnya. Ini menjadikan sistem jam digital mudah untuk memahami arahan snooze yang diberikan oleh pengguna.

Apabila Apple ingin membuat perisian berkaitan dengan jam, mereka berhasrat untuk memberi penghormatan kepada tradisi dan sejarah pembuatan jam penggera analog. Oleh yang demikian, Apple telah mengabadikan penghormatan ini dengan menetapkan snooze pada 9 minit sahaja pada perisian jam penggera di iPhone.

vocket-snooze-konten-1
Sumber Gambar: Gadget 360

Pemilihan masa 10:09 di dalam iklan Apple pula berdasarkan dari sejarah 1920 apabila syarikat jam Hamilton perhati kedudukan jarum 10:09 berjaya mengelakkan isu logo syarikat dari terhalang dan dipercayai memberikan imej pertama seakan-akan jam tersebut sedang senyum kepada anda.

Hal yang demikian, Apple telah mengimplementasikan teknik tersebut ke dalam hasil produk Apple dan meneruskan tradisi tersebut sehingga hari ini. Malahan, ini dibuktikan lagi apabila Apple mahu membangunkan jam pintar, terdapat beberapa ahli sejarawan jam telah dijemput ke ibu pejabat.

Jika anda merasakan tempoh snooze pada 9 minit ini terlalu lama atau sukar untuk bangun pada awal pagi, anda boleh cuba mendapatkan aplikasi jam penggera dari pihak ketiga yang ditawarkan di App store.

Aplikasi penggera alternatif di App Store

Terdapat beberapa aplikasi penggera yang boleh dimuat turun di App Store yang mempunyai pelbagai fungsi mengikut keperluan anda.

Aplikasi Alarmy
Sumber Gambar: App Store

Pertama sekali, Aplikasi Alarmy ini dilengkapkan dengan beberapa fungsi menarik bagi membolehkan pengguna mudah bangun menerusi selesaikan masalah matematik boleh dimasukkan. Tambahan, terdapat pelbagai tempoh snooze yang disediakan mengikut kesesuaian pengguna. Aplikasi alarmy boleh didapati secara percuma di App Store.

  • Pelbagai misi yang disediakan bagi memberi cabaran untuk menutup penggera.
  • Boleh memilih pelbagai tema mengikut citarasa anda.
  • Mod penggera pantas sewaktu anda sangat sibuk.
  • Tersedia pelbagai mod snooze untuk mengejut anda.
Aplikasi Alarm Clock For Me
Sumber Gambar: App Store

Yang kedua pula,  aplikasi Alarm Clock for Me juga menawarkan pelbagai fungsi yang menarik yang boleh diteroka. Bagi menutup penggera memerlukan anda untuk menyelesaikan masalah matematik atau menggoncang sekuat hati. Anda juga boleh meletakkan lagu kegemaran sebagai penggera. Selain itu, anda boleh memuat turun aplikasi alarm clock for me di App Store secara percuma.

  • Boleh pilih pelbagai tema yang bergaya untuk jam penggera.
  • Cipta senarai main musik untuk penggera harian.
  • Gegarkan peranti atau tekan dua kali di skrin untuk menyalakan lampu.
  • Periksa cuaca dan suhu secara lansung.
Aplikasi Loud Alarm
Sumber Gambar: App Store

Aplikasi Loud Alarm antara pilihan kegemaran pengguna kerana dilengkapi dengan pelbagai bunyi yang sangat lantang untuk memastikan anda akan terjaga dari tidur. Tambahan itu, anda juga disediakan dengan beberapa mod tempoh masa snooze yang berbeza. Aplikasi penggera ini juga mengeluarkan notifikasi sehingga anda terjaga daripada tidur. Kini, anda boleh memuat turun aplikasi loud alarm secara percuma di App Store.

  • 10 mod peringatan yang ekstrem dan 20 mod peringatan biasa.
  • Boleh menambah beberapa penggera yang berbeza.
  • Aplikasi akan beroperasi disebalik sistem operasi walaupun ditutup.
  • 7 bunyi penggera yang telah ditambah kuat.

Kini anda telah ketahui mengapa Apple mengehadkan fungsi snooze iPhone hanya pada 9 minit sahaja. Jika anda jenis seorang yang susah untuk bangun awal pagi, anda boleh mendapatkan aplikasi pihak ketiga di App Store supaya boleh bangun pada waktu sepatutnya.

Klik pautan di bawah untuk mengetahui punca kabel iPhone mudah rosak. Turut dikongsikan, cara-cara menjaga battery health iPhone agar tidak cepat turun.

Adakah Apple ‘Sengaja’ Hasilkan Kabel iPhone Yang Mudah Rosak?

Bagaimana Menjaga Battery Health iPhone Anda Supaya Tidak Cepat Turun

Sumber