Maybank Sahkan Aplikasi Beserta Laman Web Mereka Alami Masalah Perkhidmatan Buat Sementara Waktu

Maybank pada pagi ini telah mengesahkan dua aplikasi mereka iaitu Maybank MAE dan M2U beserta laman web Maybank2u dilaporkan mengalami masalah perkhidmatan menyebabkan orang ramai sukar untuk mengakses.

Gangguan yang berlaku turut menyebabkan sejumlah besar pengguna gagal akses perkhidmatan Maybank menerusi aplikasi mahupun laman web. Malah, terdapat pengguna yang memaklumkan baki akaun mereka memaparkan jumlah RM0 berikutan gangguan yang berlaku.

Pengumuman yang dibuat jelas membuatkan para pengguna Maybank kurang senang di mana terdapat pengguna yang memaklumkan gagal menjalankan pembayaran tanpa tunai berikutan masalah perkhidmatan yang berlaku. Tidak kurang juga memaklumkan isu ini berlaku sejak dari semalam lagi.

https://twitter.com/Precariatmen/status/1518423847988768774

Setakat ini, masih belum diketahui bilakah isu ini akan diselesaikan pihak Maybank. Diharapkan isu ini tidak berlarutan dengan panjang memandangkan orang ramai sedang sibuk untuk membuat pemindahan wang dan sebagainya bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Ketahui lebih lanjut bagaimana untuk menukar duit raya di lokasi ATM Maybank terpilih tanpa perlu beratur panjang di bank.

Tidak Perlu Beratur Panjang, Ini Caranya Tukar Duit Raya Di Lokasi ATM Maybank Terpilih

Perubahan Tetapan Di Maybank2u Kini Memerlukan Pengguna Dapatkan Pengesahan Secure2u

Exit mobile version