Sekiranya anda pertama kali melanggan aplikasi penstriman atau aplikasi melibatkan bayaran bulanan seperti Spotify dan Netflix, pastinya anda cukup tahu dengan prosedur aplikasi ini dimana memerlukan anda memasukkan nombor kad kredit terlebih dahulu sebelum mendapatkan akses langgan sebulan secara percuma.

Walaubagaimanapun, modus operandi yang dibuat ini sering membuatkan pengguna terlupa untuk menutup langganan meskipun mereka tidak lagi berminat yang secara tidak langsung membuatkan pengguna bakal dikenakan bayaran pada bulan seterusnya.

MasterCard

Dalam usaha untuk mengelakkan pengguna menanggung langganan mereka tidak lagi berminat, pihak Mastercard telah mengeluarkan pengumuman terbaru dimana mereka bakal menghalang aplikasi yang menawarkan langganan bulanan seumpama Netflix dan Spotify.

Perkara ini pastinya membuatkan para pengguna lebih selesa untuk menggunakan Mastercard serta aplikasi langganan yang disebutkan. Difahamkan lebih banyak rangkaian produk fizikal seperti produk penjagaan kulit bakal diimplemen pihak Mastercard pada masa akan datang.

Sumber