Bukan suatu perkara asing lagi apabila melihat fenomena sejumlah syarikat terkemuka mulai menyertai ruangan dunia meta dan kriptowang pada ketika ini. Hal ini kerana teknologi ini sering mendapat tempat atau daya tarikan terutamanya bagi golongan muda dan celik IT.
Terbaharu, restoran rangkaian makanan segera yang popular di Amerika Syarikat, Shake Shack kini telah mengikut trend tersebut kerana mereka baru sahaja mengumumkan bahawa untuk setiap pembelian yang dibuat menerusi aplikasi Cash bakal menerima ganjaran Bitcoin.
Bagi melayakkan diri untuk mendapatkan ganjaran Bitcoin ini, pengguna hanya perlu membuat pembayaran menerusi aplikasi Cash dari hari ini sehingga pertengahan Mac kelak. Menerusinya, ia akan membayar balik pelanggannya sebanyak 15% daripada jumlah keseluruhan pembelanjaan dalam Bitcoin.
Ketua pengawai pemasaran restoran ini juga menyatakan bahawa ia hanyalah satu percubaan untuk melihat sama ada kriptowang mempunyai sebarang bentuk daya tarikan kepada pelanggannya. Malah, ini merupakan suatu kaedah yang menarik untuk dicuba serta dimanfaatkan pasarannya memandangkan sering menjadi tarikan buat golongan muda ketika ini.
Difahamkan kolaborasi bersama pihak pembangun aplikasi ini juga disebabkan ia sudah dikenali oleh ramai orang serta telah berkerjasama dengan sejumlah selebriti untuk menarik orang ramai membeli Bitcoin menerusinya. Ganjaran ini juga hanya boleh dinikmati oleh pelanggan yang menggunakan kad debit yang disambungkan ke akaun aplikasi tersebut.
Selain itu, perihal kripto juga sangat giat dibincangkan menerusi platform Twitter dan negara Indonesia didapati antara paling banyak Tweet mengenainya.
Indonesia Muncul Antara Negara Paling Banyak Tweet Berkaitan Kripto
Mahu Bantu Ekonomi Golongan Petani Wanita, Komuniti Ini Berjaya Raih Sumbangan Menerusi NFT