Mahu Tarik Pengguna Baharu, TikTok Kini Tawarkan Ganjaran Berbayar Mencecah RM650

TikTok sudah menjadi salah satu aplikasi terkemuka di dunia dengan jumlah pengguna yang tinggi. Dengan pelbagai ciri menarik yang ditambah dari semasa ke semasa, TikTok dilihat masih mahu terus menggalakkan penambahan pengguna-pengguna baharu ke platform itu.

Antara usaha terkini oleh pihak TikTok untuk menarik lebih banyak pengguna baharu adalah dengan menawarkan ganjaran kepada pengguna sedia ada yang menjemput kenalan yang masih belum menggunakan aplikasi berkenaan.

Sumber Gambar: TikTok

 

Dari segi ganjaran, TikTok bakal menawarkan sekitar RM55RM65 untuk menjemput rakan-rakan baharu menyertai platform tersebut. Bagaimanapun, TikTok mengehadkan ganjaran kepada 10 jemputan awal sahaja.

Untuk menebus ganjaran lumayan itu, setiap individu yang dijemput perlulah meluangkan masa sekitar 30 minit setiap hari selama 10 hari. Dengan pendekatan ini, kita boleh menjangkakan aplikasi ini bakal dibanjiri oleh pengguna baru dalam masa yang sama pengguna sedia ada boleh menikmati ganjaran lumayan.

Tahukah anda mengenai selebriti Tiktok, Khaby Lame telah dilantik menjadi duta global Binance secara rasmi pada awal bulan ini?

Selebriti TikTok, Khaby Lame Dilantik Menjadi Duta Global Binance Secara Rasmi

Lebih Ramai Golongan Muda Didapati Gunakan TikTok Untuk Engin Carian Berbanding Google

Sumber
Exit mobile version