Populariti TikTok memang diakui sangatlah tinggi lebih-lebih lagi dikalangan generasi muda kini. Dengan membawakan konsep video pendek, makin ramai pula selesa untuk menikmati sajian maklumat atau hiburan sebegitu rupa.

Kajian terbaharu memperlihatkan perubahan corak penggunaan daripada aplikasi TikTok yang mana kini digunakan sebagai enjin alternatif selain Google. Walaupun Google masih menjadi pilihan utama untuk umum tetapi untuk generasi muda masa kini lebih selesa dengan mencari sejumlah maklumat menerusi aplikasi media sosial seperti TikTok.

Sumber Gambar: Business Insider

Sebagai contoh, makin ramai pula menggunakan TikTok untuk mencari berita sensasi, restoran menarik untuk dikunjungi atau konten ilmiah dan lain-lain lagi menerusinya. Hal ini kerana konten yang ditawarkan lebih padat serta visual menarik untuk dihadam berbanding carian di Google.

Selain itu, perubahan ini turut berlaku ekoran carian Google yang kadang-kala tidak memaparkan info terkini untuk sejumlah trend semasa yang meningkat naik. Malah, golongan muda juga menggunakan Twitter sebagai medium carian informasi yang lebih terkini dengan mudah.

Tahukah anda kajian terkini juga mendapati pengguna internet ketika ini lebih gemar menonton video pendek? Boleh klik pautan di bawah untuk lebih lanjut.

70% Daripada Pengguna Internet Ketika Ini Lebih Gemar Menonton Video Pendek

Kajian Mendapati Pengguna Android Memandu Lebih Berhemat Berbanding Pengguna iOS