Instagram kini sudah mulai mengorak langkah untuk menjadi platform yang lebih mesra pencipta kandungan dengan menyediakan beberapa ciri seakan TikTok. Hal ini kerana peningkatan jumlah pencipta konten pada saban hari yang lebih selesa membuat konten video berdurasi pendek dan kemudian dikongsikan kepada umum.
Sebenarnya, banyak ciri daripada TikTok yang telah diimplementasi di dalam platform Instagram. Terbaharu, Instagram telah mengemaskini dengan beberapa ciri antaranya adalah tag produk. Fungsi tag ini adalah untuk lebih mempromosikan pengguna serta pencapaian kedudukan sesuatu kandungan berdasarkan keaslian kandungan.
📣 New Features 📣
We’ve added new ways to tag and improved ranking:
– Product Tags
– Enhanced Tags
– Ranking for originalityCreators are so important to the future of Instagram, and we want to make sure that they are successful and get all the credit they deserve. pic.twitter.com/PP7Qa10oJr
— Adam Mosseri (@mosseri) April 20, 2022
Tag produk sebelum ini hanya terhad dengan pengguna tertentu. Dengan menawarkan ciri ini dengan lebih meluas, pengguna boleh tag produk kegemaran untuk cuba menyampaikan kandungan ke lebih banyak pengguna lain. Ciri tag yang lain adalah dengan tag diri sendiri dalam satu kategori seperti penyanyi, artis, penulis dan sebagainya.
Dengan ciri ini, kandungan pengguna boleh mencapai kepada pengguna lain yang meminati kategori yang sama. Selain itu, ciri lain yang telah ditambah adalah berkaitan keaslian kandungan. Kandungan pengguna hanya akan menjadi popular atau tular jika ia adalah kandungan asli yang dihasilkan menerusi Instagram sendiri.
Malah, capaian kandungan asli akan lebih baik berbanding perkongsian semula yang diambil daripada platform lain. Ini bermakna pihak Instagram mahu menghentikan perkongsian video TikTok di Reels dan perlu mencipta kandungan sendiri bermula dari aplikasi tersebut.
Selain Instagram, Netflix juga mulai meniru langkah platform penstriman lain untuk pertimbangkan pelan langganan lebih murah bersama iklan kelak.
Netflix Sedia Pertimbangkan Pelan Langganan Lebih Murah Tetapi Ada Iklan
Ekoran Salah Guna Akaun, Netflix Bakal Kenakan Bayaran Tambahan Untuk Akaun Yang Berkongsi