Apple telah pun membawakan penawaran spesifikasi yang berbeza untuk versi biasa dan Pro pada siri iPhone 14 kali ini. Hal ini sekaligus memberikan kelebihan kepada versi Pro dan bakal menarik orang ramai untuk membelinya.

Baca Juga:

Bagaimanapun, spekulasi terkini daripada penganalisa terkemuka Ming-Ching Kuo telah berkongsi berkaitan jangkaan siri iPhone 15 secara khususnya versi Pro dan versi Pro Max bakal menampilkan perbezaan spesifikasi yang lebih ketara.

Sumber Gambar: Ars Technica

Apple dikatakan menggunakan teknik pengasingan sasaran pemasaran untuk meningkatkan jumlah jualan yang lebih tinggi. Dari segi harga sudah pasti akan tampil lebih mahal kerana spesifikasi yang berlainan yang dibawakan.

Beliau menambah lagi dengan mengatakan iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max kelak akan ada beza spesifikasi agar lebih ramai orang membeli model Pro Max yang serba lengkap dengan semua ciri dan fungsi baharu.

Sumber