Umum tahu, Google sangat aktif dalam memaparkan imej Google dengan gaya yang sangat kreatif pada laman utama mereka. Bermula dengan memberi penghargaan kepada legenda negara sehinggalah kepada memperkenalkan Google Doodle.

Bersempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berlangsung, Google nampaknya hadir dengan cara yang lebih kreatif dalam usaha menghilangkan bosan orang dengan memaparkan permainan-permainan menarik yang ditawarkan Google Doodle sepanjang sejarah bermula isnin lalu.

google-doodle-20th-birthday

Setakat ini, sebanyak tiga permainan ditawarkan iaitu permainan mengajar coding buat kanak-kanak, kriket dan Fischinger. Buat anda yang berminat untuk memainkan permainan Doodle yang dipaparkan, anda boleh klik sahaja pada imej Google yang tersedia pada laman Google.

Google sebelum ini turut hadir dengan inisiatif program mahir digital yang dianjurkan secara percuma.

https://www.thevocket.com/ketahui-inisiatif-program-mahir-digital-bersama-google-yang-dianjurkan-secara-percuma/

https://www.thevocket.com/lelaki-ini-berjaya-menipu-google-maps-dengan-menghasilkan-traffic-jam-palsu/