Sejak populariti NFT menjadi semakin meluas di seluruh dunia pada saban hari, ramai orang yang berminat untuk mencubanya termasuklah selebriti terkenal, ahli sukan dan sebagainya. Hal ini kerana dilihat dapat memberikan keuntungan yang lumayan dengan hanya menjual koleksi gambar digital berasaskan NFT.

Namun perkara ini tidak semudah yang disangka walaupun anda mempunyai jumlah pengikut yang ramai seperti Melania Trump. Terbaharu, isteri kepada Donald Trump ini dilaporkan turut sedia menyertai dunia NFT dengan menawarkan karya beliau.

Sumber: PCMAG

Difahamkan sejak bulan Disember tahun lalu lagi, beliau sudah mempromosikan koleksi NFT beliau yang dinamakan sebagai Head of State Collection, 2022 di media sosial dengan harapan ia boleh membawa keuntungan mudah serta  menjadi koleksi unik yang sah buat peminat. Beliau sedia menawarkan koleksi NFT tersebut pada harga $170,000 (~RM712,215).

Namun begitu, pada hari lelongan ekslusif  Melania Trump ini tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan lantas koleksi gambar digital beliau tidak terjual sama sekali. Untuk memastikan koleksi NFT Melania Trump akan terjual,  beliau dikatakan telah membeli kesemua gambar digital yang ditawarkan.

Sumber Gambar: Melania trump nft

Dengan berbuat sedemikian, Melania NFT tersebut secara automatik telah terjual dengan harapan kelihatan seperti dibeli oleh individu tertentu. Difahamkan sebahagian daripada hasil penjualan bakal disalurkan kepada pusat penjagaan kanak-kanak untuk memberi akses pembelajaran komputer sains dan teknologi.

Perkara ini berjaya dikesan oleh pengguna sendiri oleh kerana setiap rekod transaksi di blockchain boleh diakses untuk memastikan ketelusan sesuatu urusan. Data blockchain menunjukkan bahawa sejumlah 1,800 SOL (RM723,669) dari akaun NFT asal itu telah dipindahkan ke wallet yang lain lalu membeli NFT yang dijual oleh beliau sendiri.

Konklusinya, benarlah bukan semua individu berpengaruh boleh memasuki arena NFT dengan sewenang-wenangnya. Malah, para pengguna juga dilihat lebih bijak dalam membuat pemilihan NFT yang berkualiti serta membawa pulangan yang berbaloi untuk jangka masa panjang.

Selain itu, kartunis tersohor Malaysia iaitu Ujang kini berjaya meraih hasil jualan sehingga RM58,604 serta menjadi antara karya yang terlaris di Pentas.

Berjaya Raih RM58,604 Hasil Jualan, Karya Ujang Antara Yang Terlaris Di Platform Pentas

4 Karya NFT Hasil Kerjasama Bersama Altimet Berjaya Terjual Dengan Harga RM23,186

Sumber