Sekiranya anda mengikuti perkembangan mengenai NFT tempatan, pastinya anda cukup tahu di mana komuniti NFT dalam negara semakin berkembang. Komuniti ini dilihat semakin bertambah ramai sejak platform Pentas dilancarkan.

Tidak hanya sekadar berjual beli karya NFT, komuniti ini nampaknya telah mencetus fenomena di Twitter selepas pemilik akaun @NoFutur3_ tampil melancarkan crowdfund atau tabung bantuan di mana orang ramai berpeluang menyumbang menerusi kriptowang BNB yang sangat sinonim buat komuniti NFT.

Menerusi perkongsian tabung bantuan yang dilancarkan, komuniti ini berjaya meraih 1.12BNB (~RM2,579) dalam tempoh satu jam terawal serta meraih sehingga 19.932BNB (~RM45,000).

Menariknya, bantuan yang disalurkan kepada pihak NGO juga dilihat sangat pantas di mana setiap bantuan yang disalurkan pada NGO terpilih diumumkan secara terbuka beserta jumlah sumbangan.

Untuk pengetahuan, sumbangan menggunakan kriptowang membolehkan orang ramai memantau aliran kriptowang yang masuk dan keluar menerusi blockchain dan secara terbuka sekaligus menjamin ketelusan sumbangan yang dibuat. Orang ramai berpeluang menyemaknya dengan klik di sini.

Tindakan pantas dan komuniti NFT dan kriptowang yang berjaya mengumpul sumbangan yang besar dalam tempoh yang terdekat nampaknya berjaya mendapat perhatian para netizen serta ahli politik yang kagum dengan usaha yang dilakukan.

https://twitter.com/TheaAthena7/status/1472379798634696704

Melihat kepada usaha yang dilakukan komuniti NFT dalam membantu mangsa yang memerlukan, tidak hairanlah komuniti ini mampu berkembang dengan pantas dalam mendapat perhatian orang ramai mengenai industri NFT tempatan.

Difahamkan usaha untuk membantu masih lagi diteruskan sehingga kini. Orang ramai yang mahu menyumbang menerusi kriptowang berpeluang melakukannya dengan mendapatkan alamat blockchain dengan klik di sini.

Tular pada minggu ini apabila NFT ini terjual dengan harga sekitar 1% sahaja daripada nilai sebenar gara-gara tersilap titik perpuluhan.

Tersilap Titik Perpuluhan, NFT Ini Dijual Pada Harga 1% Sahaja Daripada Nilai Sebenar

Dalam Tempoh Seminggu Sahaja, Jualan Tanah Di Metaverse Berjaya Mencapai RM423 Juta

Jualan Tertinggi Dalam Sejarah Pentas, Karya NFT โ€˜Rusuk Emasโ€™ Terjual Dengan Harga RM52,044