Lelaki Ini Kongsi Punca Kamera iPhone Bergegar Dan Kesannya Jika Tidak Ditukar Segera

Kamera adalah bahagian paling penting pada telefon pintar kerana boleh mendapatkan gambar dan video yang cantik. Akan tetapi, bahagian ini jugalah sering menghadapi beberapa masalah seperti kamera iPhone bergegar, kabur dan sebagainya.

Menerusi perkongsian akaun TikTok @artgadgethq, beliau telah menerangkan punca kamera iPhone bergegar seperti di iPhone 11 Pro Max dan akibat tidak menukarnya secepat mungkin. Secara asasnya, bahagian kamera telefon pintar mempunyai cip camera ic yang sensitif pada motherboard dan juga beberapa sensor lain.

Punca kamera iPhone bergegar

Sumber Gambar: Youtube

Antara punca yang boleh mendorong kepada masalah kamera bergegar adalah terjatuh daripada tempat tinggi. Hal ini sekaligus menyebabkan bahagian dalaman mengalami impak yang kuat lantas memberi kesan pada sensor dan cipnya.

Selain itu, tabiat meletakkan telefon pintar pada phone holder terutamanya sewaktu menunggang motosikal juga menjadi punca masalah kamera bergegar. Dengan terdedah kepada gegaran yang sangat kuat dalam tempoh jangka panjang boleh mengakibatkan kerosakan pada bahagian komponen dalaman kamera.

Sumber Gambar: iFixit

Hal ini pernah dijelaskan oleh Apple sendiri mengenai kerosakan kamera boleh berlaku disebabkan teknologi penstabil imej optikal (OIS) dan auto fokus gelung tertutup (AF) yang terdapat pada kamera iPhone. Jadi, Apple tidak menyarankan pengguna memasang iPhone di atas enjin atau tangki motosikal jenis berkuasa tinggi.

Malah, pendedahan terhadap gegaran yang kuat untuk sesuatu tempoh yang lama boleh menjejaskan prestasi dan seterusnya menggurangkan tahap ketahanan kamera iPhone. Model-model iPhone yang mempunyai teknologi sokongan OIS juga sangat sensitif dengan gangguan magnetik dari sesetengah aksesori iPhone lain.

Akibat tidak ditukar segera

Sumber Gambar: iDoc

Sekiranya anda masih menggunakan peranti Apple dengan masalah kamera bergegar, sudah pasti akan menjejaskan aktiviti seharian anda. Antara masalah yang boleh timbul adalah kesukaran untuk mengimbas sesuatu kod QR termasuklah sewaktu pembayaran secara cashless dan lain-lain lagi.

Malah, anda turut mengalami masalah untuk mengambil gambar dengan jelas kerana kebiasaannya gambar yang dihasilkan akan menjadi kabur serta bergegar. Malah, kamera anda juga tidak boleh beroperasi seperti sedia kala dan lambat laun akan mengalami kerosakan yang lebih teruk.

https://www.tiktok.com/@artgadgethq/video/7089721648479227163?is_from_webapp=1&sender_device=pc

Untuk mengetahui status kamera semasa, anda hanya perlu meletakkan satu magnet kecil pada bahagian tersebut dan melihat sama ada kamera berhenti bergegar atau sebaliknya. Jika kamera didapati berhenti bergegar, maksudnya sudah tiba masa untuk dibaiki agar kamera peranti boleh berfungsi seperti biasa.

Dalam masa yang sama, Apple juga pernah menyarankan kepada pengguna iPhone yang kerap menggunakan telefon pintar ketika menunggang untuk menggunakan alat serap hentakan padanya. Anda juga boleh kongsikan artikel ini kepada pengguna iPhone di luar sana yang mungkin menghadapi masalah sedemikian.

Untuk anda yang dalam perancangan untuk pulang ke rumah masing-masing, bolehlah klik pautan di bawah untuk pelajari cara menyemak trafik semasa lebuhraya.

Ketahui Cara Mudah Menyemak Trafik Semasa Lebuhraya Untuk Perancangan Pulang Beraya

Mudah Dan Efisien, Ini Caranya Jadualkan Perjalanan ‘Balik Kampung’ Pada Aplikasi Waze

Sumber
Exit mobile version