Kemeriahan Hari Raya sudah kian terasa malah orang ramai telah pun merebut peluang untuk pulang ke kampung kali ini. Namun, anda boleh terperangkap di dalam trafik yang teruk kerana jumlah pengguna yang meningkat secara mendadak sebelum tiba Hari Raya.

Oleh itu, sebahagian daripada anda mungkin masih kurang pasti waktu yang sesuai untuk memulakan perjalanan. Jadi, kami sediakan tutorial cara menyemak trafik semasa kesemua lebuhraya dalam negara untuk perancangan pulang beraya dengan lancar.

1. Pertama sekali, anda hanya perlu kunjungi ke laman Portal Rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia.

2. Kemudian pergi bahagian Status Trafik Semasa dan klik Sila Pilih Lebuhraya. Di sini, anda bakal dipaparkan dengan senarai penuh lebuhraya di Malaysia dan boleh pilih lebuhraya yang bakal dilalui.

Sumber Gambar: Lembaga Lebuhraya Malaysia

3. Selepas itu, klik pula Paparan penuh CCTV. Tetingkap baru akan muncul memaparkan keadaan lalulintas berdasarkan keadaan semasa.

Sumber Gambar: Lembaga Lebuhraya Malaysia

Selain melihat status trafik semasa di portal rasmi, anda juga boleh mendapatkan info terkini keadaan menerusi ciapan @LLMinfotrafik di Twitter. Setiap info akan dikemaskini sama ada trafik bergerak lancar ataupun berlakunya kemalangan di sesebuah lokasi.

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu anda merancang perjalanan untuk mengelakkan diri daripada terperangkap sesak yang dahsyat. Selain itu, dapatkan rehat secukupnya supaya akan sentiasa segar dan lebih peka untuk memandu jarak jauh.

Selain itu, anda juga perlu mengetahui cara membayar zakat fitrah secara onlineĀ menerusi aplikasi MAE.

Tidak Perlu Ke Kaunter, Ini Caranya Bayar Zakat Fitrah Secara Online Menerusi Aplikasi MAE

Tidak Perlu Beratur Panjang, Ini Caranya Tukar Duit Raya Di Lokasi ATM Maybank Terpilih

Sumber