Lelaki Ini Kongsi Cara-Cara Semak Jumlah Perbelanjaan Sepanjang Menggunakan Shopee

Berbelanja dalam talian seperti di platform Shopee sudah menjadi sebahagian daripada norma kehidupan di kalangan pengguna Malaysia hari ini. Pasti ramai yang ingin mengetahui jumlah sebenar yang telah dibelanjakan setakat ini. Kini anda boleh mencuba satu alat kira belanja di Shopee dengan mudah.

Memetik daripada ciapan @faizedzahar, beliau telah berkongsi mengenai satu alat yang dihasilkan oleh Ahmad Saiful Bahri dalam mengira jumlah pembelanjaan sepanjang menggunakan Shopee. Anda hanya perlu memasukkan kod yang tersedia dan ia boleh menyenaraikan semua barangan secara terperinci bersama jumlah pembelanjaan sekaligus.

  1. Pertama sekali, anda perlu pergi ke laman GitHub terlebih dahulu. Klik butang copy seperti yang ditunjukkan di bawah. Seperti paparan di bawah, anda boleh menyalin kod yang diperlukan untuk pengiraan jumlah pembelanjaan akaun Shopee anda.
Sumber Gambar: Github

2. Kemudian, pergi ke laman Shopee dan log masuk ke akaun Shopee anda menggunakan komputer.

Sumber Gambar: Shopee

3. Tekan right click, lalu klik pada inspect dan pilih tab console.

Sumber Gambar: Shopee

4. Pada paparan console tersebut, anda perlu paste kepada bahagian tersebut dan klik enter untuk menjalankan kod. Kod tersebut akan mengambil semua data pembelian barangan yang telah dibuat daripada Shopee.

Sumber Gambar: Shopee

5. Akhir sekali, terdapat rekod senarai setiap barangan yang dibeli dengan terperinci serta jumlah keseluruhan yang sudah dibelanjakan menerusi Shopee secara automatik.

Sumber Gambar: Shopee

Sekiranya anda meragui dengan keselamatan data privasi, kod ini hanya menggunakan API daripada Shopee sendiri. Dalam erti kata lain, kod ini hanya meminta data pembelanjaan yang sudah dibuat oleh pengguna ke server Shopee sendiri. Lalu, server Shopee sendiri menyediakan secara spesifik data tersebut kepada pengguna menerusinya.

Ternyata ciapan tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada pengguna Twitter yang lain. Ada di antara mereka yang sudah menyemak dan sangat terkejut selepas melihat jumlah yang telah dibelanjakan menerusi platform tersebut. Nampaknya ramai yang sudah berbelanja tanpa menyedari jumlah pembelian yang telah dibuat selama ini.

Setakat hari ini sudah berapakah jumlah pembelanjaan anda sepanjang menggunakan platform Shopee? Kini anda sudah boleh menjejaki wang yang dibelanjakan menerusi platform ini sama ada barangan keperluan atau hanyalah kemahuan semata-mata.

Sementara itu, anda juga boleh mengetahui tutorial membuat watermark pada Google Docs dengan mudah dan pantas.

Mudah Dan Pantas, Ini Langkah-Langkah Membuat Watermark Pada Google Docs

Tidak Perlu Ke Bank, Ini Cara Mudah Tukar Kad Debit Maybank Secara Dalam Talian

Sumber
Exit mobile version