Lama Dinantikan Pengguna, Twitter Sahkan Sedang Menguji Ciri Butang ‘Edit’

Twitter sudah bertahun-tahun lamanya muncul sebagai media sosial terkenal namun begitu masih belum menyediakan ciri ‘edit’ pada ruangan tweet. Hal ini sekaligus membuatkan ramai pengguna tidak dapat mengubah tweet yang disiarkan dan masih diminta oleh pengguna untuk menambah ciri berkenaan sehingga ke hari ini.

Akhirnya, Twitter kini mengesahkan bahawa mereka sedang membangunkan ciri butang edit yang bakal membolehkan para pengguna untuk menukar atau mengubah suai tweet selepas ia disiarkan. Setakat ini, masih tiada informasi secara terperinci tetapi sudah diperlihatkan menerusi GIF bagaimana ia akan berfungsi kelak.

https://twitter.com/TwitterComms/status/1511456466233815041?s=20&t=oWSCGjaSTO6_CMnDoWIT-Q

Malah, pihak Twitter juga menyatakan bahawa mereka sudah pun membangunkan ciri tersebut sejak tahun lepas lagi dan bukanlah dibuat berdasarkan undian yang dibuat oleh Elon Musk baru-baru ini. Difahamkan ciri ini bakal diuji terlebih dahulu dengan pelanggan Twitter Blue pada bulan hadapan.

Dengan ini, hanya pengguna Twitter Blue bakal mendapatkan akses awal untuk ciri menarik itu. Menerusi fungsi edit,  pengguna akan dapat membetulkan kesilapan atau typos dalam tweet tanpa kehilangan sebarang respon, retweet atau likes yang telah diperolehinya.

Selain itu, pihak Twitter juga masih meneliti cara yang beretika untuk memastikan ciri ini tidak disalah gunakan sekaligus melindungi integriti. Buat pengguna tegar Twitter, kini boleh menarik nafas lega kerana ciri yang sudah lama dinantikan akhirnya sedia ditawarkan tidak lama lagi.

Tahukah anda mengenai Elon Musk yang menjadi individu dengan pegangan terbesar dalam platform media sosial, Twitter baru-baru ini?

Miliki 9.2% Pegangan, Elon Musk Berjaya Muncul Sebagai Pemegang Saham Terbesar Twitter

Twitter Bakal Memadam Sebarang Perkongsian Gambar Dan Video Peribadi Tanpa Kebenaran

 

Exit mobile version