Twitter merupakan antara platform perkongsian pelbagai informasi terkini termasuklah gambar serta video yang boleh diakses dengan mudah. Sebahagian media yang dikongsikan kepada umum bagaimanapun boleh mengundang masalah privasi serta mencalarkan reputasi seseorang sekiranya tidak mempunyai kebenaran pemiliknya.

Dalam menangani masalah ini daripada berlarutan, Twitter kini telah mengemaskini terma dan syarat penggunaan laman untuk memadam sebarang perkongsian gambar dan video tanpa kebenaran selepas ini. Dalam erti kata lain, gambar dan video yang tidak mempunyai kebenaran bakal dipadamkan mengikut permintaan individu berkenaan.

https://twitter.com/TwitterSafety/status/1465683094581792771?s=20

Pengguna yang memuat naik akan diberikan amaran untuk memadam kandungan yang dikongsi. Terdapat tindakan lanjut yang dikenakan seumpama shadow ban atau menggantung akaun individu terbabit berdasarkan tahap keseriusan kesalahan yang dilakukan.

Kelonggaran juga diberikan sekiranya gambar atau video yang dikongsi bertujuan untuk kebaikan atau mengandungi unsur berita semasa. Dalam masa yang sama, imej atau video yang menunjukkan orang yang mengambil bahagian dalam acara awam seperti acara sukan, protes dan sebagainya secara amnya masih belum melanggar polisi berkenaan.

Akan tetapi, implementasi polisi ini juga bakal memberi impak besar terutamanya kepada street photographer yang majoriti hasil kerjanya mengambil gambar individu di tempat awam tanpa meminta kebenaran. Sebahagian pencipta konten mungkin terpaksa mencari platform alternatif untuk mempamerkan hasil kerja mereka kepada umum kelak.

Pada November lalu, sejumlah syarikat gergasi media sosial telah menghadapi penyusutan pendapatan angkara polisi privasi Apple terbaharu itu.

Angkara Polisi Apple, Pendapatan Syarikat Gergasi Media Sosial Terjejas Sebanyak RM40 Billion

China Memfailkan Saman Terhadap Tencent Berikutan Fungsi Terbaru Pada WeChat