Kredit ePemula RM150 Dalam TnG eWallet Tidak Boleh Digunakan Untuk Pembayaran Tol Dan Parkir

Sebelum ini, golongan belia berpeluang menerima satu insentif bantuan kewangan berjumlah RM150 yang boleh ditebus pada beberapa platform eWallet terpilih. Antara pilihan eWallet yang boleh digunakan termasuklah Touch ‘n Go eWallet.

Menerusi siaran rasmi Facebook PLUS Malaysia, mereka baru sahaja memberikan peringatan akan kredit ePemula berjumlah RM150 yang ditebus pada TnG eWallet tidak boleh digunakan untuk pembayaran tol dan parkir.

Sumber Gambar: Touch ‘n Go

Seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan, inisiatif kredit ePemula eWallet RM150 bertujuan untuk mempromosikan transaksi tanpa tunai di kedai fizikal. Ini bermakna anda tidak boleh menggunakannya untuk pembayaran dalam talian atau dalam aplikasi dan anda sepatutnya membelanjakan kredit tersebut di kedai sahaja.

Terma dan syarat ePemula untuk TnG eWallet juga telah menegaskan bahawa insentif kerajaan dihadkan daripada digunakan pada transaksi tertentu yang termasuklah pembayaran tol dan tempat letak kereta.

Untuk anda yang layak untuk menebusnya, bolehlah berbuat sedemikian pada hari ini sehinggalah 1 Jun kelak dan perlu digunakan sebelum 10 Jun 2022. Sementara itu, para pengguna RFID disarankan supaya menambah nilai ke dalam eWallet secukupnya untuk menikmati perjalanan yang selesa di lorong RFID.

Sementara itu, para pengguna juga perlu mengetahui cara meyemak baki Touch ‘n Go dalam kad pengenalan secara dalam talian yang mudah.

Ini Cara Semak Baki Touch ‘n Go Dalam Kad Pengenalan Secara ‘Online’ Sahaja

Mudah Dan Pantas, Ini Caranya Pindah Baki TnG eWallet Ke Akaun Bank

Sumber
Exit mobile version