Kerajaan Sedang Menguji Penawaran Subsidi Petrol Bersasar Menerusi Dompet Digital

Sebelum ini, kerajaan telah pun memberikan sejumlah insentif buat rakyatnya menerusi dompet digital. Pendekatan ini diambil atas dasar mahu memudahkan urusan pembayaran secara digital dan juga memberi pendedahan terhadap dompet digital untuk mereka yang tidak menggunakannya.

Terbaharu, kerajaan mengatakan sedang melakukan ujian rintis dalam menawarkan subsidi untuk petrol secara bersasar menerusi penggunaan dompet digital. Ujian rintis subsidi bersasar ini dijalankan dalam memastikan golongan B40 dan M40 boleh menikmati subsidi petrol dan tidak boleh disalah guna oleh mereka yang tidak berkenaan.

Sumber Gambar: The Star

Buat masa ini, ujian rintis ini masih berada di peringkat awal yang mana pelbagai perkara perlu diteliti secara terperinci. Ini termasuklah mengambil kira kaedah penggunaan dompet digital yang mungkin kurang digunakan di luar bandar serta cabaran dalam mengimplementasi pemberian subsidi kepada individu dari golongan yang tepat.

Langkah ujian pemberian subsidi bersasar ini mahu memastikan mereka yang berpendapatan tinggi atau dari golongan T20 perlu membayar penuh tanpa subsidi untuk pembelian petrol. Malah, kerajaan juga mahu memastikan bantuan kerajaan mencapai golongan yang betul-betul memerlukan.

Pendekatan ini dilihat oleh kerajaan sebagai salah satu cara efektif yang boleh digunakan dalam memastikan bantuan boleh diberikan secara terus pada golongan memerlukan. Jadi, kita mungkin bakal mendengar kemas kini informasi lanjut berkenaan ujian rintis ini dari semasa ke semasa.

Selain itu, hospital dan klinik kerajaan juga dilaporkan akan mulai menerima pembayaran secara cashless pada 1 Oktober ini.

Hospital Dan Klinik Kerajaan Bakal Menerima Pembayaran Secara ‘Cashless’ Bermula 1 Oktober Ini

JPN Perlis Bakal Laksanakan Pembayaran Secara ‘Cashless’ Di Sekolah Bermula Akhir Tahun Ini

 

Exit mobile version