MySejahtera merupakan aplikasi untuk memantau penularan wabak COVID-19 serta memudahkan pengguna checkin di sesuatu lokasi yang dibangunkan oleh kerajaan Malaysia. Aplikasi ini telah banyak membantu pengguna dalam aktiviti harian seperti kemampuan mengimbas kod di setiap premis serta membuat temu janji program vaksinasi.
Melalui kemas kini yang terbaru yang disediakan, MySejahtera telah hadir dengan beberapa fungsi baharu termasuk pembelian kit ujian kendiri secara dalam talian dan keputusan ujian kendiri COVID-19.
TERKINI: @my_sejahtera umum kemas kini aplikasi, beberapa fungsi baharu ditambah termasuk fungsi penghantaran keputusan ujian kendiri Covid-19 dan pembelian kit ujian kendiri secara atas talian. pic.twitter.com/NBbQyQTs8E
— Media Selangor (@Media_Selangor) July 30, 2021
MySejahtera menawarkan pembelian tiga kit ujian kendiri COVID-19 iaitu Salixium, Gmate dan JusCheck. Syarikat-syarikat yang mahu membeli kit ujian dalam skala yang besar juga telah disediakan pilihan bagi mendapatkannya secara pukal.
Untuk mendapatkan fungsi terbaru ini, para pengguna diminta mengemas kini aplikasi MySejahtera. Anda seterusnya berpeluang mendapatkan kit ujian tersebut dengan klik pada fungsi Ujian Kendiri COVID-19 dan memilih kit ujian yang dimahukan.
Bagi yang menghadapi masalah mengakses ID MySJ, wanita ini telah berkongsi cara mengubah ID MySejahtera buat pengguna nombor telefon baharu.
Wanita Ini Kongsi Cara Ubah ID MySejahtera Buat Pengguna Nombor Telefon Baharu
Berikut Adalah Cara-Cara Untuk Mendaftar Vaksin COVID-19 Dengan Kemas Kini Terkini MySejahtera