Siapa sahaja tidak kenal Kanye West, seorang rapper yang berjaya di peringkat antarabangsa serta menawarkan kasut Yezzy yang sering menjadi rebutan ramai di luar sana. Pada tahun lalu, beliau telah mengeluarkan sebuah album terbaharu berjudul Donda dengan hasil jualan mencecah jutaan ringgit.

Sudah pasti peminat tidak sabar untuk mendapatkan pula album seterusnya yang dikeluarkan oleh beliau. Akan tetapi, perkara sebaliknya pula berlaku selepas beliau mempromosikan album terbaharu, Donda 2 yang akan dikeluarkan pada 22 Febuari ini. Jika album terdahulu boleh diakses menerusi pelbagai platform muzik penstriman, album terkini sudah tidak lagi.

https://www.instagram.com/tv/CaGuRhADEib/?utm_source=ig_web_copy_link

Difahamkan beliau sedia menawarkan album sekuel, Donda 2 menerusi platform eksklusif tersendiri iaitu sebuah pemain khas yang dikenali Stem Player yang berharga $200 (~RM837.20). Oleh itu, pengguna sudah tidak boleh stream album tersebut pada mana-mana platform Apple, Amazon, Spotify mahupun YouTube lagi.

Beliau menegaskan bahawa artis hari ini hanya menerima sebanyak 12% sahaja daripada wang yang dijana di dalam industri. Jadi, beliau mahu membuat perubahan dengan menyediakan platform tersendiri kerana dilihat ia sebagai satu penindasan buat artis di luar sana.

Sumber Gambar: Reddit
Sumber Gambar: Twitter

Bagaimanapun, respon yang diterima daripada peminat tidak seperti dijangka yang mana ramai mahu memboikot oleh kerana harganya yang terlalu mahal untuk hanya mendengar lagu album tersebut. Mereka juga beranggapan ia sepatutnya ditawarkan di dalam album berbentuk fizikal seperti biasa berbanding dengan kehadiran alat pemain muzik ini.

Ada juga yang berpendapat harga yang ditawarkan sudah menyamai kos kelangsungan hidup mereka ketika ini sementara beliau sendiri sudah pun berstatus bilionair. Sementara itu, terdapat segelintir netizen yang turut mengugut bakal mendengar lagu album Donda 2 secara ‘haram’ dalam talian.

Sumber Gambar: British GQ

Difahamkan album yang berharga RM837.20 ini tidak termasuk dengan kos penghantaran serta para pembeli perlu menunggu sekurang-kurangnya tiga bulan berikutnya walaupun sudah dijual secara rasmi sejak Khamis lalu. Dikatakan sebanyak 67,000 unit pemain khas sudah tersedia setakat ini.

Menerusi laman rasmi Stem Player, pengguna berpeluang pilihan lagu menerusi efek yang tersedia secara terus. Dalam pada itu, lokasi penghantaran tidak pula merangkumi Malaysia buat masa ini.

Anda boleh meneruskan bacaan artikel-artikel teknologi terkini yang disajikan oleh pihak kami.

PDRM Dedah Nilai Kecurian Elektrik Bagi Melombong Kripto Melonjak 45 Kali Ganda Sepanjang 2021

Ukraine Dakwa Rusia Lancarkan Serangan Siber Terhadap Laman Web Kerajaan Mereka

&

Sumber