K-KOMM Beri Bayangan Tablet Yang Bakal Ditawarkan Menerusi Program PerantiSiswa

Dalam memastikan persekitaran pembelajaran yang baik buat para siswa dan siswazah, pihak kerajaan sudah mengadakan program PerantiSiswa yang bakal menyediakan sebuah peranti tablet yang berspesifikasi baik.

Terbaharu, Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa baru sahaja memperlihatkan sebuah tablet yang akan diberi kepada mereka yang layak. Berdasarkan pemerhatian gambar yang dikongsi, pihak K-KOMM bakal memberikan sebuah tablet OEM yang lengkap bersama-sama dengan papan kekunci terbina serta pen stylus padanya.

Dengan itu, ia boleh dijadikan sebagai sebuah komputer riba untuk memudahkan pelajar membuat tugasan dan sebagainya. Setakat ini kos untuk sebuah tablet ini masih tidak diketahui tetapi kita sudah ketahui spesifikasi asas yang ditetapkan seperti paparan skrin bersaiz 10.1-inci dan memori sekurang-kurangnya 4GB RAM.

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, ia akan didatangkan dengan papan kekunci dan juga sebuah pen stylus yang juga dapat meningkatkan produktiviti peranti ini.

Selain itu, para pelajar boleh mula memohon pada 15 April ini untuk mendapatkan peranti tablet itu. Sama-sama kita nantikan maklumat terperinci berkaitan spesifikasi yang bakal dikongsikan dalam masa terdekat ini.

Pada bulan lalu, beliau juga telah menasihatkan syarikat telekomunikasi supaya melabur sebahagian keuntungan yang diterima untuk menaik taraf kualiti liputan pengguna.

Tan Sri Annuar Musa Tidak Bangga Dengan Keuntungan RM1 Bilion Yang Diperoleh Syarikat Telekomunikasi

Akui Pelaksanaan 5G Agak Ketinggalan, Kerajaan Sasarkan Liputan 80% Dalam Beberapa Tahun Lagi

Sumber
Exit mobile version