Baru-baru ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita berkaitan sebuah laman web yang yang menyenaraikan sejumlah butiran peribadi secara terbuka dan boleh diakses dengan mudah.

Menerusi laman web berkenaan, anda boleh mengakses sejumlah maklumat peribadi secara terperinci dengan memasukkan nama seseorang atau pun nombor plat kenderaan sahaja. Malah, beberapa butiran tambahan seperti berkaitan MySejahtera, alamat kediaman penuh dan seumpamanya boleh diakses dengan membuat pembayaran tambahan.

Oleh itu, pihak K-KOMM bersama-sama dengan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JDPD), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan CyberSecurity (CSM) telah mengenal pasti latar belakang laman web tersebut dan mengeluarkan arahan sekatan akses terhadapnya pada hari yang sama kepada syarikat pembekal perkhidmatan internet.

Badan-badan tersebut turut berkerjasama dengan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Polis Diraja Malaysia mengesahkan perkara berkenaan dan telah berkomunikasi untuk menutup laman web itu. Mereka juga akan memantau dan mengawal-selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial selaras Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Tular baru-baru ini berkenaan lapan aplikasi Android yang dikesan mencuri wang daripada pengguna di Malaysia.

8 Aplikasi Android Yang Dikesan Mencuri Wang Daripada Akaun Pengguna Di Malaysia

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Mengaku Akaun WhatsApp Dan Telegram Digodam

Sumber