Peranti yang menyokong rangkaian 5G sudah menjadi salah satu perkara penting dalam pemilihan peranti oleh pengguna di luar sana. Dengan perkembangan teknologi 5G, peranti 5G dianggap lebih future proof untuk kegunaan jangka masa panjang serta boleh menikmati akses internet yang lebih pantas.
Terbaharu, jualan peranti 5G di peringkat global telah berjaya memintas jualan peranti 4G buat pertama kalinya pada Januari 2022 lalu menerusi laporan Counterpoint Research. Pada bulan tersebut, sebanyak 51% peranti yang terjual adalah peranti 5G pada pasaran Amerika Utara, Eropah Barat, China mencatatkan peningkatan jualan tertinggi berbanding pasaran lain.
Di Amerika Utara sahaja, peranti 5G telah menyumbang 73% jualan kemudian diikuti Eropah pula ia menyumbang 76%. Peningkatan jualan peranti 5G di peringkat global dibantu oleh pengenalan cip mampu milik MediaTek dan Qualcomm membolehkan ia dijual pada harga serendah $150 (~RM631).
Setakat ini, peranti 5G mampu milik telah menyumbang kepada jualan 20% peranti 5G di peringkat global. Malah, di Malaysia sahaja semakin banyak penawaran peranti 5G oleh syarikat terkemuka kepada para pengguna. Maka, majoriti pengguna lebih cenderung mendapatkan peranti 5G berbanding 4G selepas ini.
Sementara itu, pihak DNB juga sedang dalam proses pembangunan tapak 5G baharu untuk menawarkan perkhimatan internet pantas secara meluas di sekitar Malaysia.
DNB Dalam Proses Pembangunan Tapak 5G Baharu Di Beberapa Buah Negeri Luar Kuala Lumpur
Akui Pelaksanaan 5G Agak Ketinggalan, Kerajaan Sasarkan Liputan 80% Dalam Beberapa Tahun Lagi