Jika anda sering melakukan perbincangan, berhubung bersama rakan-rakan atau temuduga secara dalam talian, kebiasaannya kualiti audio yang dihasilkan menerusi sejumlah peranti tidaklah terlalu bagus. Oleh itu, mikrofon bluetooth merupakan solusi terbaik untuk mendapatkan kualiti audio yang lebih padu.

Kini anda boleh mendapatkan mikrofon bluetooth yang sedia ditawarkan di dalam pasaran dengan harga berpatutan. Mari kita lihat lima pilihan mikrofon bluetooth yang anda boleh dapatkan di Shopee untuk mendapatkan hasil audio yang berkualiti dan jelas.

1. Lapel Lavalier Microphone

mikrofon bluetooth
Sumber Gambar: Shopee

Pertama sekali, anda boleh pertimbangkan model ini kerana mampu menawarkan kualiti yang baik dengan beberapa ciri menarik padanya. Anda bukan sahaja boleh menggunakan mikrofon ini secara berterusan selama tujuh jam lamanya, malahan boleh memastikan transmisi audio sentiasa dalam keadaan baik dalam jarak 15 meter.

Selain itu, anda boleh melaraskan mikrofon berkenaan untuk mod senyap dan pengurangan hingar menerusi butang sahaja di samping mampu merakam dengan jelas menerusinya. Rekaan yang ergonomik sekaligus memudahkan pengendalian mikrofon tersebut ketika digunakan dalam aktiviti seharian.

Anda boleh dapatkan Lapel Lavalier Microphone ini pada harga serendah RM49 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Lapel Lavalier Microphone

2. TNVI V3 Wireless Microphone

Sumber Gambar: Shopee

Antara pilihan mikrofon yang boleh didapatkan di bawah RM200 adalah TNVI V3 Wireless Microphone. Model TNVI V3 ini menyokong transmisi signal dengan latensi rendah untuk memastikan sambungan yang stabil dalam jarak sejauh 12 meter. Selain itu, ia boleh beroperasi sekitar tiga jam ke enam jam mengikut tahap bateri yang berbaki.

Terdapat klip besi yang tersedia sekaligus memudahkan anda mengklip mikrofon tersebut yang serba kompak dan ringan. Mikrofon ini turut menyokong semua jenis peranti dan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan termasuklah berkomunikasi, pembelajaran, rakaman video rakaman dan telesidang dalam talian.

Kini model TNV1 V3 sedia ditawarkan pada harga RM178 menerusi Shopee.

Beli Sekarang TNVI V3 Wireless Microphone

3. BOYA BY-XM6 Wireless Microphone

mikrofon bluetooth
Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, anda boleh mencuba pilihan mikrofon yang lebih profesional dengan harga yang berpatutan. Mikrofon ini menjadi pilihan buat pencipta konten yang mahu vlogging, siaran langsung, temu bual dan seumpamanya yang boleh dipadankan pada sejumlah peranti di luar sana.

Terdapat paparan skrin OLED untuk memaparkan maklumat ringkas berkaitan status mikrofon sewaktu digunakan. Mikrofon ini juga boleh digunakan pada jarak sejauh 100 meter. Selain itu, mikrofon keluaran BOYA ini mempunyai kemampuan menangkap sebarang bunyi secara menyeluruh dengan hasil kualiti audio yang cukup bagus.

Anda boleh dapatkan mikrofon bluetooth keluaran BOYA yang ditawarkan dengan harga RM209 menerusi Shopee.

Beli sekarang BOYA BY-XM6 Wireless Microphone

4. Saramonic Blink 500 TX Wireless Microphone

Sumber Gambar: Shopee

Antara model yang wajib didapatkan juga adalah Saramonic Blink 500 TX kerana kompak dan mudah digunakan pada pelbagai peranti. Terdapat klip yang terbina untuk mudah dipautkan pada kamera atau telefon pintar yang turut mempunyai mikrofon tersendiri agar kualiti audio yang dihasilkan lebih jelas dan bagus.

Malah, mikrofon ini juga mampu merakam suara dengan baik walaupun dalam keadan berbisik. Model ini menyokong sambungan bluetooth 2.4Ghz yang mampu memastikan transmisi audio akan sentiasa lancar walaupun dalam jarak yang jauh.

Saramonic Blink 500 TX Wireless Microphone ini sedia ditawarkan pada harga RM315 di Shopee hari ini.

Beli Sekarang Saramonic Blink 500 TX Wireless Microphone

5. Razer Seiren BT Bluetooth Microphone

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, anda boleh pertimbangkan sebuah mikrofon bluetooth keluaran jenama terkemuka Razer. Bukan hanya menampilkan rekaan yang cukup premium, mampu menawarkan hasil audio yang baik secara menyeluruh dengan adanya sistem omnidirectional.

Selain itu, model ini berkemampuan menapis bunyi di sekeliling dengan efektif sekaligus menjadikan konten yang dihasilkan lebih profesional dan tidak perlu disunting lagi. Menariknya, anda boleh membuat sebarang pelarasan dan menyemak status mikrofon menerusi aplikasi sahaja.

Anda boleh dapatkan mikrofon keluaran Razer dengan harga RM439 di Shopee hari ini.

Beli Sekarang Razer Seiren Bluetooth Microphone

Berdasarkan senarai di atas, pilihan terbaik yang anda boleh dapatkan adalah Razer Seiren BT Bluetooth Microphone. Mikrofon ini hadir dengan pelbagai fungsi yang penting dalam masa yang sama mempunyai rekaan yang kompak. Anda juga boleh dapatkan dengan harga berpatutan untuk sebuah mikrofon yang berkualiti dan profesional.

Diharapkan dengan cadangan ini boleh membantu anda mendapatkan sebuah mikrofon bluetooth yang berkualiti dengan harga berbaloi. Bukan hanya dapat memastikan kualiti audio yang lebih baik sewaktu berkomunikasi di dalam talian, malah boleh digunakan untuk membuat rakaman yang lebih profesional untuk urusan kerja dan sebagainya.

Sementara itu, anda juga boleh mengetahui sejumlah pilihan portable printer yang berbaloi untuk kegunaan seharian.

Lebih Pantas Dan Mudah, Ini 6 Portable Printer Yang Berbaloi Anda Dapatkan Di Shopee

6 Aksesori Laptop Yang Wajib Anda Dapatkan Untuk Tingkatkan Produktiviti Seharian

Sumber