Seperti yang kita sedia maklum, dunia NFT sudah mulai disertai oleh ikon dan artis terkemuka dunia dengan penawaran sejumlah koleksi NFT bersama pelbagai kelebihan yang boleh dinikmati oleh para pemilik. Bahkan, ada sebahagian syarikat terkenal yang sudah berkolaborasi bersama pencipta NFT terkemuka dalam menghasilkan koleksi NFT edisi terhad.

Jay Chou, penyanyi popular di Asia bersama Ezek berjaya melancarkan siri NFT miliknya yang dipanggil sebagai PhantaBears. Walaupun baru sahaja menyertai arena NFT, karya NFT ini berjaya menyaksikan prestasi penjualan yang cukup memberangsangkan sekaligus menduduki tempat keempat dalam carta NFT global hari ini.

Sumber Gambar: Opensea

PhantaBears ini terdiri daripada koleksi 10,000 avatar digital yang dijana menggunakan algoritma komputer di bawah jenama fesyen miliknya iaitu Phantaci Chou.

Menariknya, kesemua NFT ini berjaya dijual kurang dari 40 minit dengan jumlah kutipan sebanyak $10 juta bersamaan RM41.9 juta .

Koleksi NFT PhantaBears telah dijual menerusi platform OpenSea yang mana pada ketika dapat dilihat peningkatan nilai berbanding sebelum ini. Setiap beruang ini mempunyai ciri unik tersendiri dengan penggunaan warna, pakaian dan aksesori yang direka khas di bawah jenama pakaiannya.

Sumber Gambar: Opensea

Para pemilik PhantaBears juga dapat menikmati pelbagai manfaat seperti kad keahlian yang membolehkan akses istimewa ke konsert virtual yang sedang dalam persiapan ketika ini. Selain itu, difahamkan pemilik juga mendapat keutamaan untuk mengakses dunia meta hiburan yang mana tidak diperincikan secara lanjut.

Jay Chou juga telah memecah menjadi artis pertama yang berjaya memasuki carta NFT global dan menyaingi NFT terkemuka lain seperti Cryptopunks. Dengan kejayaan yang berjaya dikecapi oleh artis Taiwan ini, tidak hairanlah sekiranya lebih banyak lagi artis antarabangsa lain mahu turut serta di dalam arena NFT pada masa kelak.

Selain itu, ketahui juga 6 platform jual beli NFT terbaik yang boleh anda cuba pada tahun ini.

6 Platform Jual Beli NFT Terbaik Untuk Anda Cuba Pada Tahun 2021

6 Karya NFT Termahal Dunia Yang Berjaya Dijual Setakat Ini