Jadikan Gambar Sebagai NFT, ‘Selfie’ Harian Lelaki Ini Laris Selepas Tular Di Twitter

Sejak kebelakangan ini, ramai orang menunjukkan minat yang mendalam terhadap dunia NFT dengan menawarkan sejumlah karya digital di platform jual beli NFT dipercayai. Pelbagai karya digital menarik yang boleh dibeli oleh mereka yang berminat.

Terbaharu, seorang individu di Indonesia yang dikenali sebagai @Ghozali_Ghazalu di Twitter telah memuat naik sebuah ciapan mengenai penawaran NFT uniknya yang terjual dengan jayanya di platform OpenSea. Menariknya, NFT yang ditawar berkisarkan gambar selfienya yang diambil pada saban hari lalu dijadikan NFT.

NFT tersebut digelar sebagai Ghozali Everyday dan sebanyak 933 gambar NFT yang telah disenaraikan oleh beliau. Beliau juga sangat terkejut melihat sebanyak 35 NFT telah berjaya terjual di dalam sehari sahaja dengan harga lantai sekitar 0.001 ETH bersamaan RM13.51 mengikut kadar pertukaran semasa.

Jika dihitung kesemua NFT yang terjual, beliau berjaya mengutip sebanyak RM472.85. Ditambah pula sejumlah 8 orang pembeli pada ketika itu yang mana setiap seorang membeli sekitar 4 NFT Ghozali Everyday ini.

Sumber Gambar: Twitter

Malah, ramai orang memberikan komen positif terhadap penjualan tersebut dan mulai berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang NFT. Beliau juga dipuji kerana tekun dan komited untuk memuat naik NFTnya pada setiap hari walaupun pada mulanya tiada sambutan daripada orang ramai.

Mengikut tinjauan terbaharu profil Ghozali Everyday di platform OpenSea, bilangan pemilik dan urusan transaksi meningkat dengan mendadak di dalam satu hari selepas ciapan dibuat. Ini bermaksud lebih banyak NFT beliau telah terjual yang sekaligus meningkatkan lagi kutipan jualan yang dibuat sebelumnya.

Sumber Gambar: OpenSea

Siapa sangka gambar selfie yang dijadikan NFT juga pada hari ini sudah boleh menjana keuntungan sebegitu besar. Namun begitu, perkara ini tidak akan terjadi jika kita tidak komited terhadap sesuatu perkara yang diinginkan.

Arena NFT tempatan juga mempamerkan perkembangan yang baik setelah sejumlah ikon tempatan seperti Tony Fernandes dan Syed Saddiq turut sertainya.

Tony Fernandes Muncul Sebagai Usahawan Terbaru Terlibat Dalam Dunia NFT

YB Syed Saddiq Bakal Membuat Lelongan NFT Bagi Mengumpul Dana Buat Mangsa Banjir

Sumber
Exit mobile version