Baru sahaja selesai acara WWDC 2022 yang mana diperlihatkan dua komputer riba generasi baharu oleh Apple. Kini pengguna internet sudah mulai membincangkan pula berkaitan iPad Pro generasi baharu yang sangat dinantikan oleh para peminatnya.
Apple kini dikatakan sedang membangunkan sebuah tablet baharu di bawah barisan iPad Pro dengan skrin berukuran 14.1-inci. Pada kali ini, iPad Pro dijangka bakal menggunakan panel MiniLED serta menyokong ProMotion untuk paparan visual yang menarik dan vibran.
Selain tampil skrin bersaiz besar, Apple juga dikhabarkan sedia menggunakan cip Apple M2 pada tablet tersebut. Penyertaan cip ini penting untuk memastikan pelbagai tugasan yang berat boleh dilakukan dengan lancar sekaligus meningkatkan produktiviti para penggunanya.
Apple dijangka memperkenalkan iPad Pro generasi baharu ini seawal tahun 2023 kelak. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut berkaitan tablet serba berkuasa ini yang pasti menjadi buruan ramai sebaik ia dilancarkan kelak.
Kini Apple sudah pun melancarkan MacBook Air 2022 yang menjadi komputer riba pertama menggunakan cip M2 yang serba canggih dan efisien.
Apple MacBook Air 2022 Dilancarkan Secara Rasmi Bersama Cip Apple M2 Pada Harga RM5,499
Apple MacBook Pro 13-Inci Dilancarkan Bersama Cip M2 Bermula Harga RM5,699