Instagram Tawarkan Fungsi Perkongsian Gambar Dan Video Secara Terus Di Desktop

Instagram kini telah mengumumkan kemas kini serta pengenalan beberapa ciri baharu menerusi platform tersebut. Ciri utama yang dinantikan oleh pengguna selama ini iaitu keupayaan untuk memuat naik gambar atau video secara terus menerusi desktop juga sudah mulai diimplemenkan pada kali ini.

Ciri ini bakal ditawarkan bermula Khamis ini secara berperingkat kepada semua pengguna dan ia membolehkan pengguna berkongsi gambar ataupun video di bawah seminit secara terus melalui desktop.

Difahamkan tindakan ini diambil dalam memudahkan pengguna untuk membuat perkongsian gambar tanpa perlu memindahkan gambar ke dalam telefon seperti sebelum ini.

Dengan menggunakan desktop jugalah, anda boleh belajar cara sistematik menjadualkan perkongsian di Facebook dan Instagram sekaligus.

Cara Sistematik Menjadualkan Perkongsian Di Facebook Dan Instagram Untuk Pemilik Bisnes

Cara Mudah Untuk Akses WhatsApp Di 4 Peranti Serentak

Sumber
Exit mobile version