Sejak mulai Instagram meniru fungsi Snapchat dengan penyertaan Instagram Stories, dapat dilihat orang rami semakin terbiasa untuk berkongsi menggunakan medium ini.

Kehadiran filter atau trend terbaru antara yang membuatkan Instagram Stories semakin menarik untuk digunakan pengguna. Terbaharu, setelah lama dinantikan pengguna di Malaysia, Instagram telah hadir dengan sokongan audio di mana para pengguna berpeluang menghasilkan Stories beserta seleksi lagu yang dimahukan.

photo6217433016498760271

Meskipun fungsi ini sudah lama tersedia buat negara luar, namun para pengguna cuma menerimanya seawal minggu ini. Kehadiran fungsi ini di Instagram tidak lagi memerlukan pengguna untuk menggunakan aplikasi pihak ketiga untuk menyertakan lagu dan sebagainya.

Berdasarkan apa yang dicuba oleh kami, seleksi lagu yang tersedia di Instagram sememangnya sangat banyak sekaligus tidak menjadi masalah buat pengguna mendapatkan lagu yang diinginkan mengikut tema Instagram Stories yang ingin dihasilkan. Pastikan anda kemas kini Instagram anda kepada versi terbaru untuk mencuba fungsi ini.

Ketahui lebih lanjut mengenai kisah gadis ini yang menerima jodoh menerusi ajakan spontan ajak berkahwin di Instagram.

https://www.thevocket.com/bawa-pantun-dan-bawa-bertenang-gadis-ini-kongsi-ajakan-spontan-berkahwin-di-instagram-menjadi-realiti/

https://www.thevocket.com/vatican-minta-instagram-siasat-akaun-pope-francis-like-foto-perempuan-seksi/