Seperti yang dimaklumkan, mulai hari ini para mahasiswa sudah boleh membuat permohonan tablet percuma PerantiSiswa. Menerusi program ini, seramai 600,000 mahasiswa IPT daripada keluarga B40 di seluruh negara boleh menikmatinya untuk memudahkan urusan pembelajaran dan pendidikan.
Sebelum lanjut membuat permohonan, terdapat beberapa syarat yang ditetapkan di bawah inisiatif ini seperti yang berikut:-
- Pelajar IPT yang berada dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850 layak memohon.
- Sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan IPT Swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.
Jika anda menepati kesemua kritieria kelayakan permohonan, bolehlah ikuti tutorial cara memohon PerantiSiswa seperti di bawah.
Cara mohon PerantiSiswa Keluarga Malaysia untuk pelajar IPT
- Kunjungi Portal Rasmi PerantiSiswa.
- Klik Daftar Pengguna.
- Lengkapkan maklumat yang dikehendaki untuk tujuan pendaftaran dan klik Daftar.
- Selepas itu, anda bakal dipaparkan dengan skrin berjaya daftar pengguna baharu sebaik proses Daftar dihantar.
- Notifikasi pemberitahuan akan dihantar kepada e-mel pemohon untuk tujuan pengesahan Pendaftaran Akaun Baharu dan klik Aktifkan Akaun.
- Log Masuk menggunakan Alamat e-mel dan kata laluan yang telah didaftarkan dan klik Log Masuk.
- Skrin Borang Permohonan PerantiSiswa akan dipaparkan, semak dan lengkapkan ruangan yang wajib diisi pada borang tersebut.
- Pilih Perakuan Pelajar dan klik terma dan syarat.
- Kemudian, skrin notifikasi berkaitan terma dan syarat akan dikeluarkan secara pop-up.
- Pilih Perakuan Pelajar dan klik Hantar Permohonan.
- Skrin notifikasi ini akan dikeluarkan secara pop-up bagi mengingatkan pemohon agar memastikan maklumat permohonan yang dimasukkan adalah tepat dan lengkap. Sila klik butang Ya untuk meneruskan permohonan atau klik butang Tidak untuk membuat pindaan permohonan.
- Seterusnya, skrin pengesahan akan dipaparkan setelah permohonan didaftarkan. Tekan Cetak/Simpan untuk simpanan.
- Cetak borang permohonan untuk simpanan.
- Akhir sekali,sebuah skrin notifikasi lagi akan dikeluarkan secara pop-up untuk keluar dari Sistem Portal Rasmi PerantiSiswa. Sila klik butang OK untuk keluar dari sistem atau klik butang BATAL untuk di skrin.
Difahamkan pengagihan peranti akan dibuat bermula minggu kedua Jun 2022 dan dibahagikan kepada dua sesi. Sesi pertama bakal membabitkan 60% daripada jumlah keseluruhan penerima dan diberi keutamaan bagi pemohon yang mempunyai maklumat lengkap. Sementara sesi kedua pula untuk kes rayuan dan agihan akan dibuat tidak lewat 60 hari selepas sesi pertama.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk laman rasmi PerantiSiswa atau mengemelkan kepada [email protected] dan boleh juga menghubungi melalui talian. Sebarang maklumat terkini akan dikemas kini dari semasa ke semasa setelah diumumkan lanjut oleh pihak kerajaan.
Selain itu, TNG baru sahaja melancarkan kad dengan sokongan NFC untuk menambah nilai menerusi telefon pintar sahaja.
Ditawarkan Pada Harga RM10, TnG Lancarkan Kad Dengan Sokongan Tambah Nilai Menerusi Telefon Pintar
Pembayaran Minyak Menggunakan TnG RFID Sedia Ditawarkan Pada Beberapa Stesen Shell Terpilih