Rekabentuk bagi model terbaru Google Pixel nampaknya bukan rahsia lagi. Bermula sejak beberapa bulan sebelum ini, pelbagai rekaan Google Pixel 4 dan Pixel 4 XL telah tertiris.

Terbaru, sebuah lagi gambar tertiris daripada sumber terkenal iaitu @OnLeaks. Berdasarkan gambar yang ditampilkan, dapat dilihat model terbaru ini bakal dilengkapi dengan dua atau tiga kamera pada bahagian belakang serta dua kamera pada bahagian hadapan.

Google-Pixel-4-XL_5K_1

Google-Pixel-4-XL_5K_3

Seperti yang dijangkakan ramai, Google Pixel 4 XL bakal hadir dengan kualiti kamera yang lebih baik daripada model sebelumnya. Pada kali ini, Google dilihat tidak lagi menyertakan satu kamera malah dua kamera disertakan pada bahagian belakang dalam menawarkan lensa telefoto.

Melihat kepada jumlah kamera yang ditawarkan, ramai yang mengharapkan model ini bakal menawarkan sesuatu yang lebih baik berbanding model sebelumnya yang cuma dilengkapi dengan satu kamera sahaja. Google Pixel 4 XL dijangka bakal dilancarkan secara rasmi pada bulan Oktober ini.